CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Masih Islam, Solat Lima Waktu,"-Naufal Azrin

16-5-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 626| Komen: 1

Selepas memakai rantai dan mendedahkan bahagian dada pada konsert Big Stage, Naufal Azrin terus menerima kecaman apabila menunjukkan bahagian bawah ketiak pada minggu kedua.

Katanya klimaks ditonjolkan sekadar gimik yang bersesuaian dengan penceritaan lagu bersandarkan melodi serta lirik berkaitan perasaan orang muda yang mudah ‘koyak’.


Foto: IG

“Pilihan baju dan penampilan adalah hasil perbincangan saya bersama banyak pihak, begitu juga dengan gimik persembahan ketika membawakan lagu Generasiku (OAG).

“Persembahan pada malam itu adalah nak tunjukkan generasi saya yang mudah koyak. Pilihan persalinan memang tengok kepada lagu.

“Saya masih Islam, solat lima waktu wajib. Penampilan saya hanya dalam pertandingan yang kena dengan konsep persembahan selain bagi saya keyakinan.

“Gaya ini untuk Big Stage sahaja. Keluar daripada program saya kembali menjadi Naufal Azrin. Saya adalah penyanyi, bukan nasyid atau pop. Saya tiada kategori tertentu,” katanya kepada Kosmo.




Pada masa sama, penyanyi yang pernah menyertai kumpulan nasyid Zayne turut mendedahkan serba salah apabila diselamatkan daripada penyingkiran oleh juri tetap, Ajai dan Aina Abdul dengan menggunakan Imuniti X.

Awalnya, dia pasrah apabila melihat namanya antara tiga peserta terbawah selain menganggap bukan rezeki meneruskan perjuangan dalam pertandingan membabitkan BBNU (Budak Baru Nak Up) itu.



“Masa nama saya keluar, saya dah pasrah dan anggap mungkin ada rezeki di tempat lain.Tetapi bila juri selamatkan saya dengan menggunakan Imuniti X, saya bersyukur.

“Cuma saya tetap berduka sebab kehilangan Isaac Voo. Sejujurnya saya tak terfikir Isaac atau Aufahanie yang keluar, sebaliknya saya,” katanya.

Terdahulu, persembahan peserta berusia 23 tahun itu kurang menambat hati juri hingga meletakkannya di zon bahaya yang mencatat markah terendah bersama Isaac dan Aufahanie.



Namun atas kuasa Imuniti X yang diberikan kepada juri, Naufal dapat terus mara ke minggu seterusnya dan Isaac terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 12 peserta lain.

Disebabkan situasi tersebut, penyanyi Casablanca itu diserang peminat Isaac dalam laman sosial yang membuatkannya turut meluahkan permohonan maaf.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-5-2023 08:43 AM
yg korang kecoh sal dia ni knp sukati dia la dah la xensem leave him alonee

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top