CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Buka Komen, Isteri Haqiem Rosli Kaw-Kaw Kena Hentam "Tak Pakai Tudung Langsung Tak Cantik, Hilang Seri"

16-5-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4698| Komen: 43

Selepas hampir sebulan kembali tak berhijab dan menutup ruangan komen di media sosial, isteri  Haqiem Rusli, Anis Sofea akhirnya kembali membuka ruangan komen dalam Instagram miliknya.

Ternyata tindakan itu ditunggu-tunggu netizen untuk meninggalkan komen menghentam tindakannya ‘melepaskan’ hijab sejak 1 Syawal lalu.

Foto: IG

Di IG, dia berkongsi beberapa keping foto dipercayai momen ketika menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dengan memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Sofea yang memiliki rambut panjang dilihat tampil dengan gaya bersanggul.



Dalam ruangan komen, perkongsian Sofea dihujani dengan pelbagai nasihat dan pendapat daripada netizen yang rata-rata menganggap penampilannya tidak lagi secantik ketika dia berhijab.

Malah, ada yang menganggap wanita itu telah hilang keayuan sejak kembali membuka aurat.

“Masa pakai tudung cantik. Mungkin sebab dah buka (hiiab), seri dah hilang,” ujar seorang netizen.

“Tak lawa pun bila tak bertudung. Macam serabut tengok muka dia. Rambut tak kemas,” komen seorang pengikutnya.



Bagaimanapun, Anis tidak terlepas daripada mendapat kata-kata nasihat dan semangat daripada penyokong yang masih menyayanginya.

“Lebih baik kita bagi Fea (Sofea) semangat dan kata-kata positif. Kata-kata menyakitkan hati itu tidak membantu dia sama sekali. Hidayah milik Allah SWT,” ujar seorang peminatnya.

“Saya doakan semoga suatu hari nanti awak kembali bertudung,” ujar seorang lagi peminatnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-5-2023 05:05 PM
Hidup ni kekadang memang lah ni hak aku, aku bebas buat apa saja. Tapi kita ni hidup kalau tak sebatang kara fikir-fikir juga la air muka orang yang kau sayang.
Quote missyL 16-5-2023 05:05 PM
Kesian kawan tu
Bkk komen nk tgu org komen comey nye cntik nye
Korang ni rajin ye mengomen page bino retis suam kuku
Quote Manusiabesa 16-5-2023 05:05 PM
Ala pakai tdung ke x..dh dia mmg xcntik.. nokhtah.
Quote mizruncing 16-5-2023 05:15 PM
yg peliknyaa knp dia tiber buat keputusan taknak bertudung?? selalu klu gaduh ngan laki je pmpn ni jenis provoke sikit. tp takde ribut ape know2 tudung terbang
Quote jimar27 16-5-2023 05:17 PM
Sebenarnya sebab dia ni bersuamikan haqiem yg terpaling jaga ikhtilat dgn org perempuan konon. Jaga aurat etc. Cuba kalau haqiem chill2 je sebelum ni, org marah kejap je bini dia bukak tudung tu. Ni sebab laki kau terpaling sofea, so hadaplahhh
Quote chicmushroomkd 16-5-2023 05:24 PM

takdela hilang seri...macam itu jugak rupa dia masa pakai tudung hari tu. her life her choice pastu. tak faham apsal kena bukak benang psl bini retis....retis sendu plak tu
Quote dudaberhias 16-5-2023 05:28 PM
Pakai tudung pun tak nampak seri pun. Macam makcik2 stok dah menopos ada ler...

Kalau ko sekadar nak puji tak ikhlas sebab nak orang tu bertudung ikut cara kau, tak payah lah. Bukan ada kait dengan dosa keturunan kau pun....

Tapi iols still nak kecam lakinya yang fefeeling terpaling alim... Alih2 dayus terus ko tak mampu nak lawan isteri sskjp ko ni yang mempunyai dagu pembuka tin beskot.... Silap2 ko yang kena hempuk dan smackdown dek bini pakai dagu... Goodluck lah yee dalam perkahwinan... Bini ko tu dominan.... Kek berhala yang ko tempah tu pun menyerupai beliau... Menunjukkan dominannya sheols ala2 sheols lah dewi kek patung kena penggal tu... Ko yang kena sembah dia gittew kalau tak nak kena hempuk.

Quote tipah89 16-5-2023 06:11 PM
maka betul la kita ini diuji dgn perkara yg kita terpaling sayang or concern kan...ujian utk dik qiqi....rebel barangkali dgn shuben nya
Quote selipar_hijau 16-5-2023 08:04 PM
Cantik je aku tgok. Kat mana yang hilang seri tu? Netizen ni kalau pakai tudung je terus auto jelita wpn hakikatnya muka tak tara mana pun. Fake betul pujiannya
Quote ketupatnasi 16-5-2023 10:14 PM
tipah89 replied at 16-5-2023 06:11 PM
maka betul la kita ini diuji dgn perkara yg kita terpaling sayang or concern kan...ujian utk dik qiq ...

Mcm pnh dgr ayat ni...
Kita diuji dgn perkara yg paling kita sayang....kecantikan
Quote jalfa 16-5-2023 10:17 PM
Cantik muka kemerahan kalau memang ori tanpa filter mmg cantik lah tinggi lampai.camne leh jtuh cinta dgn dak qiqi spek itam siàng malam tu
Quote anilanil 16-5-2023 10:22 PM
Sila study style rambut intan najwa or anzalna zaman free hair. Lawa berkepuk-kepuk.
Quote bluecrystal 16-5-2023 10:23 PM
cantik tapi terlalu muda kahwin..nampak macam tak puas enjoy..tula dak haqiem nak sangat depression kan..amikla nak sangat berbini muda dan lawa..ngko pun termalu dah
Quote naina 16-5-2023 10:27 PM
Cantik je dia. Cumanya sayang betol lah selama ni cantik tunjuk dekat suami je rambut dan leher jinjang dia. Sekarang semua boleh tengok dan berfantasi macam2 plak. Kesian
Quote umbut 16-5-2023 10:31 PM
Netz pun munafik. Kalo org mula pki tudung sampai ke langit puji pujian, walhal aku tgk makin buruk acik kepam je..
Quote Mary_jane 17-5-2023 01:16 AM
Nak jadi terpaling hanis zalikha ke dek? Lamberttt lagi.
Quote LadyCarefree 17-5-2023 02:41 AM
benih serai sedang ditanamkah?
Quote jambatannetizen 17-5-2023 03:24 AM
selipar_hijau replied at 16-5-2023 08:04 PM
Cantik je aku tgok. Kat mana yang hilang seri tu? Netizen ni kalau pakai tudung je terus auto jelita ...

Sebab aurat tutup kot Menyampah aku
Quote lyshafull 17-5-2023 03:51 AM
Road to high end influencers

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.246347 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top