Penyanyi Black Hanifah meluahkan rasa kecewa apabila dituduh membeli sebuah kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi, Kedah hasil penggubahan wang haram. Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, menganggap ia fitnah besar terhadapnya dan menjelaskan apa yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha kerasnya sendiri.
"Tiba-tiba saya dapat fitnah. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua benda yang saya dapat hari ini," katanya. Black meluahkan perkara itu menerusi satu perkongsian di Instastory miliknya pada Selasa. Dalam perkongsian berbeza penyanyi ini memuat naik sebuah video yang menceritakan kononnya dia berbelanja mewah di pulau peranginan tersebut.
|
LadyCarefree replied at 16-5-2023 03:23 PM
Dia dapat duit dari mana? Katanya masa pkp tadok duit
ADVERTISEMENT