CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Regu Negara Terlepas Emas

16-5-2023 02:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 272| Komen: 1

Phnom Penh: Skuad sepak takraw Malaysia memberi amaran kepada Thailand bahawa mereka bukan lagi lawan 'cap ayam' berdasarkan kepada saingan sengit diberikan pada temasya Sukan Sea Kemboja.

Walaupun Malaysia terlepas pingat emas selepas tewas 1-2 kepada seteru utama itu dalam acara regu lelaki yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Olimpik, namun pasukan Gajah Putih itu dilihat 'goyah' hingga membuat beberapa tukaran pemain bagi mengelak tewas kepada wakil negara.

Wakil negara yang terdiri daripada Amirul Zazwan Amir sebagai apit kiri, Mohamad Azlan Alias(Apit kanan) manakala tekong pula digalas oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi tunduk pada set pertama kepada Thailand 12-21.

Aksi pasukan sepak takraw Thailand ketika menentang Malaysia dalam acara regu lelaki pusingan round robin Sukan SEA 2023 di Dewan Bola Keranjang NSTC hari ini. - BERNAMA


Namun, skuad regu negara kembali memantapkan permainan pada pertemuan set kedua sbelum mengatasi wakil Thailand yang terdiri daripada Kritsanapong Nontakote, Pattarapong Yupadee dan Thawisak Thongsai 23-21.

Tersentak dengan kekalahan itu, Thailand dilihat cemas apabila membuat tukaran pemain dengan memasukkan Siriwat Sakha dan Varayut Jantarasena pada set penentuan ssebelum mengesahkan kemenangan 13-21.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan yang hadir menyaksikan perlawanan terbabit berkata, pemain regu negara sering melakukan kesalahan mudah hingga memberi ruang dan peluang kepada pasukan lawan mengutip mata sekali gus mengesahkan kemenangan pada pertemuan itu.

"Saya boleh katakan ada peningkatan terhadap keseluruhan permainan skuad regu negara namun ada beberapa kesilapan dan pada masa sama mereka juga dilihat agak gemuruh apabila bertemu wakil Thailand itu.

"Perkara paling penting adalah Thailand tidak boleh lagi memandang rendah kepada kita atau menganggap Malaysia mudah 'dimakan' pada pertemuan akan datang," katanya.

Kekalahan pertama kepada Thailand itu menyebabkan Malaysia terlepas peluang meraih emas dalam acara regu lelaki.

Petang ini skuad negara akan menentang Kemboja diikuti Singapura bagi aksi terakhir.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049294 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top