Seorang gadis berada dalam dilema apabila teman lelaki yang dikenali sejak setahun lalu seperti tidak serius. "Memang hala tuju hubungan kami untuk berkahwin. Tahun lepas saya ada minta dia masuk meminang sebab saya tak suka bercinta lama-lama.
"Tapi si lelaki cakap ibu dia suruh kami kenal setahun dulu. Sekarang dah masuk setahun kami kenal dan bercinta. Saya tanya bila nak masuk meminang, si lelaki beritahu Februari tahun ini. "Sekarang si lelaki beritahu tahun depan (2024). Terkini dia beritahu ibunya minta saya habis belajar pada akhir 2025," katanya menerusi satu luahan di Twitter TwtMalayWedding. Menurut gadis itu, dia sebenarnya tidak suka bercinta lama tanpa sebarang ikatan, namun dalam hal ini teman lelakinya dilihat tidak bersungguh. "Saya rasa macam saya yang beria. Saya tak nak bagi harapan palsu dekat diri sendiri dan famili. Famili saya pun kenal dia, tapi saya tak pernah jumpa keluarga dia.
"Ibu saya beritahu tak elok saya yang beria pergi rumah si lelaki. Famili saya dah kenal dia pun dan berharap dia boleh menjaga saya," katanya lagi. "Ibarat saya diberi harapan kemudian selalu berubah apabila saya tanya bila hendak masuk meminang. Saya keliru, saya tahu si lelaki memang sayangkan saya tapi dia tak boleh melawan jika keluarga dia hendak begitu," ujarnya. Jelasnya lagi, dia cuba hendak memutuskan hubungan mereka baru-baru ini kerana tidak suka menjalinkan hubungan bertahun-tahun tanpa sebarang ikatan. "Tapi si lelaki tak mahu melepaskan saya dan memujuk untuk tunggu lagi setahun. "Bagaimana kalau saya masih bertahan dan menunggu untuk tahun depan, kemudian berulang perkara sama. Suruh saya tunggu lagi untuk tahun akan datang?" soalnya. Justeru, gadis itu berharap teman lelakinya bersikap lebih serius dalam perhubungan dan berterus-terang. "Sekarang kami berbaik balik tapi kalau ikutkan hati saya dah tak nak teruskan hubungan ni walau saya masih sayangkan dia. "Saya dah banyak kali beritahu si lelaki, kalau betul-betul mahukan saya, buat dan ikut cara yang betul. Jangan buat saya begini, patut ke saya bertahan dan menunggu untuk sesuatu yang tidak pasti?" katanya. -CARI Sumber: mStar
|
Skuau: misti mak pompuan ni suh kawen cepat..bg suami bayar yuran sekolah/ pengajian...dll.
ADVERTISEMENT