CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Dera Dua Bayi Di Johor- Taska Tak Berdaftar Dengan JKM, Ditutup Serta Merta

16-5-2023 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1511| Komen: 18

KUALA LUMPUR – Taska yang disyaki terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Taman Mutiara Rini, Skudai di Johor disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pengoperasiannya.


Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, pihaknya melalui JKM bertindak menutup taska tersebut hari ini.


“Taska tersebut tidak berdaftar dan tindakan akan diambil ke atas premis tersebut. Kita sudah dapat laporan polis dan individu tersebut (suspek) sudah pun direman polis.

“Jadi siasatan juga dibuat daripada pihak kebajikan dan akan menjalankan tugas kita,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Anugerah ‘The Artisans Haven’ di Pavilion di sini, hari ini.

Katanya, pihak kementerian turut menerima laporan daripada orang awam di talian eKASIH yang beroperasi 24 jam selepas terlihat video tular di media sosial.


Sebelum ini tular sebuah video seorang pengasuh yang didakwa ‘menyeksa’ seorang kanak-kanak untuk mendiamkannya di sebuah taska, di Taman Mutiara Rini sejak malam tadi.

Di dalam beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Sinar Hairan, kelihatan kanak-kanak itu terbaring dalam keadaan tidak berhenti menangis.

Pengasuh itu kemudiannya menepuk kepala beberapa kali diikuti menjerit dan beberapa perlakuan kasar yang lain terhadap kanak-kanak itu untuk mendiamkannya.

Susulan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, terkesan dengan penularan klip video berkenaan, polis berjaya menahan wanita warga tempatan di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote galleria23 16-5-2023 02:46 PM
tak sanggup nak tengok video tu. terbayang anak sendiri. mmm.. bongok punya perempuan. badan gemuk serupa oink oink pun masih ada tenaga nak dera baby.
Quote hareeeesah 16-5-2023 03:08 PM
galleria23: tak sanggup nak tengok video t ...


Iols tgk & cuba nk fahamkan apa motif dia hembus muka bdk tu lg menangis ada la nk bernafas ssh.. cibs btul la…
Quote mejaputih 16-5-2023 03:28 PM
hareeeesah replied at 16-5-2023 03:08 PM
Iols tgk & cuba nk fahamkan apa motif dia hembus muka bdk tu lg menangis ada la nk bernafas ssh..  ...

hembus2 mcm ni sgt tak hygine...teruk betul...
Quote mizruncing 16-5-2023 04:13 PM
hurmm x berdaftar??? pas tu buat anak org mcm tu. elok dok jail ler ko ni
Quote KamikuP 16-5-2023 04:38 PM
Gemuk dan jahat berpisah tiada
Quote shernazz 16-5-2023 05:27 PM
Ada org kata ada cucu pengarah jabatan gomen dalam TU...TU yang cepat tindakan..huhu
Elok juga...sebab bior kurus pendera ni dok dalamm jail...berjiran benon ke
Quote shinyoung 16-5-2023 05:31 PM
I pn xsggp nk tgk.. I doakn pelaku mandul.. Pe mslh ko buat bby mcmtu.. Klu rs xsuka bby jgn jaga.. Mlm td husbnd tgk video tu dgr bby nangis pn i dh nangis esak2.. Sedih sgt.. I risau bby tu kn gegaran otak ke.. Eii nauzubillah.. Moga allah lindungi baby tu dr sebarang kecelakaan.
Quote None68 16-5-2023 06:08 PM
Tak berani nak tengok gek..spesis Benon ni
Quote isseliparjepun 16-5-2023 06:17 PM
I tengok tadi. Jahat sangat. Jahat. I have no good words untuk this bitch.
Quote pu3_rania 16-5-2023 07:09 PM
Seeloknya pengusaha taska ni di hadapkan ke mahkamah coz beroperasi secara haram
Dah lah tu ambil pekerja main tangkap muat ajerrr sampai jadi kes dera

Quote she 16-5-2023 07:29 PM
Macik nengok bidio tu semalam
Kancing2 gigi ni haaa
Punya gerammm

Quote hollahop 16-5-2023 09:12 PM
Pompuan mcm ni elok dpt laki kaki pukul ja. Dah kalau gaji kau rendah kau hempuk la boss kau yg g hempuk budak tu kenapa. Geng benon betul
Quote hareeeesah 16-5-2023 10:15 PM
mejaputih replied at 16-5-2023 03:28 PM
hembus2 mcm ni sgt tak hygine...teruk betul...

Tgk buku lali hitam legam gitu mandi pun x sental agknya, ape je la hygiene dia tau yihhh… geram tau. cm cibs kesiannya bdk tu…
Quote hanamunir 17-5-2023 12:30 AM
geramm betull tgok video tu..
suka hati je tepuk2 kepala anak orang..
kita kemain x bagi satu nyamuk pun gigit..
dapat kat dia, terus dihempuk2 nye..
siap tiuppp tiupp kat hidung n mulut budak tuu..
bau mulut kauu busukkkk laaaaa bitchhhhh..
Quote rosedemon 17-5-2023 08:24 AM
sblom anta mmg mak pak bodo ni x cek ke taska tu elok ke x
Quote myakayina 17-5-2023 09:31 AM
hrp pihak berwajib ni tolonglah pegi buat spot check segala taska yg ada ni..
Quote Decaffeinated 17-5-2023 10:33 PM
Senang ja nak tutup. Alternatifnya apa?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top