CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Darurat Diisytiharkan Bila Gelombang Haba Makin Membimbangkan - Ahmad Zahid

16-5-2023 01:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1774| Komen: 37

Putrajaya: Kerajaan sedia mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan gelombang haba akibat Fenomena El-Nino semakin membimbangkan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagaimanapun buat masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.

Gambar hiasan.

"Darurat? Belum lagi tetapi kita sudah bersedia. Kita gunakan arahan No. 20 MKN sebagai melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

"Kita pakai arahan No. 20…kita sedang pantau 24 jam kalau ada darurat kita akan buat pengumuman. Buat masa ini belum lagi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sama ada kerajaan akan mengisytiharkan perintah Darurat berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.



Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 16-5-2023 01:50 PM
bakal ade PKP lagi ke? sbb gelombang haba ni huhu
Quote mejaputih 16-5-2023 01:52 PM
Perlu ke ek..dah ada arahan KPM tu rasanya dah memadai...
Quote AbukRokok 16-5-2023 01:58 PM
lockdown for climate change is rael  gayssss
Quote JunkMail 16-5-2023 02:03 PM
Mohon wak Jahid bagi diskaun bil letrik sebab siang malam pagi petang on aircond
Quote slavehunter 16-5-2023 02:32 PM
Climate lockdown. Sebiji sebiji mereka implement yea.
Quote xy_daen 16-5-2023 02:40 PM
Sukati la ikutkan aje. Sore pun dah 3 hari takde ni berkat cuaca panas
Quote DayangKirana 16-5-2023 02:41 PM
applied to certain sector la kot..
macam sector construction ke...
bagi budak2 school ke..
ni keje pon dok ekon 8-5..nak darurat mende..
sekian my doploh sen..
Quote Firenzza 16-5-2023 02:41 PM
JunkMail replied at 16-5-2023 02:03 PM
Mohon wak Jahid bagi diskaun bil letrik sebab siang malam pagi petang on aircond

Nti kna cop derhaka arahan tok guru nuart
Quote Azharitubunga 16-5-2023 02:57 PM
Tak jadi nak buat PRN la kan wak???

Cuaca panas membahang kan wak

Fuhhh... Selamat la aku terus berkuasa
Quote ifanonline 16-5-2023 02:59 PM
bahang betul semenjak dua menjak ni...kena sediakan binoculars kalau dok highrise...
Quote totokreturn. 16-5-2023 03:12 PM
WFH boleh tak?
Quote Madel 16-5-2023 03:23 PM
Tempat aku semalam hujan lebat smpai malam siap guruh kilat
Hari ni pun cuaca dah mendung
ermm wktu PKP dulu Muhyiddin tak ada istihar darurat kan wpun dah ada ribu2 kematian sbb covid
La ni dah berapa kematian disebabkan cuaca panas ni ?
Quote krustykrab 16-5-2023 03:26 PM
Tekak perit, paler sakit dah ni...nk mati dah kot
Quote copy_paste 16-5-2023 03:28 PM
PMX dah berkias, akan tiada subsidi elektrik, jd mana mungkin darurat,lgpun suhu takat 35 darjah je pun, bukan 50 darjah
Quote kakikuDibibirmu 17-5-2023 08:03 AM
Tazzabar nak darul urat, siapa yang merayau-rayau tengah panas kita tembak sampai mati
Quote likilu 17-5-2023 08:44 AM
Boleh makan babi benang sebelah
Quote Kitty_catz 17-5-2023 08:47 AM
haa shutdown la mcm mco ritu

org msia mmg suke cuti2 nehh

esp set2 cegu & acik2 obese kempam putrajaya
Quote ketupatnasi 17-5-2023 08:58 AM
panas macam biasa, cuma tempohnya lebih panjang n kerap. manusia boleh la juga ekon2.. kesian pokok2 kat kebun... melawas lagi
Quote totokreturn. 17-5-2023 09:00 AM
tak boleh meniaga ka kalo darurat?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.130585 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top