10 prakarsa yang menjadi fokus baharu Kementerian Pendidikan (KPM) sempena Sambutan Hari Guru 2023 diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Perkara itu diumumkan sebentar tadi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Fadhlina berkata, kesemua prakarsa itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara. Ia adalah; 1. Penambaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan. 2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli. 3. Perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah. 4. KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.
5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sewaktu bertugas. 6. Pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru. 7. Mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia. 8. Mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru. 9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0. 10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik. Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, program Cuti-cuti Cikgu mampu milik itu ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan beberapa agensi lain. "Ini bagi menghargai sumbangan guru menerusi peluang pakej percutian menarik, inisiatif ini turut dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT