Kuala Lumpur: Lapan kawasan di Semenanjung disenarai dalam kategori tahap satu susulan amaran cuaca cuaca panas yang melanda dengan tiga daripadanya di Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiga daerah di Pahang itu membabitkan Pekan, Bera dan Rompin.
Selain itu, amaran cuaca panas tahap satu turut membabitkan dua daerah di Johor iaitu Segamat dan Muar, selain Padang Terap di Kedah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan. Tiada kawasan di Sabah dan Sarawak disenarai dalam kategori cuaca panas tahap satu. Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius yang direkodkan selama tiga hari berturut-turut. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT