CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Modal RM2.54 Je Sekotak, Ibu Raih Perhatian Hadiahkan Minyak Cap Kapak Untuk Cikgu

16-5-2023 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1367| Komen: 20

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nadia Faeza berkongsi hadiah yang dianggap unik dan lain dari yang lain iaitu minyak angin Cap Kapak sempena menyambut Hari Guru.

Perkongsiannya yang tular di media sosial mendapat perhatian ramai pengguna kerana setiap kotak minyak angin itu siap dibalut dengan reben berwarna pink.


Ujarnya, dengan bermodalkan sebanyak RM2.54 untuk sekotak, dia dapat menyediakan 40 kotak minyak angin untuk guru-guru tiga orang anaknya.


Foto: FB

“Tahun ini pening tidak tahu nak bagi apa. Jadi terhasil lah hadiah yang tidak seberapa. Harap semua cikgu gembira terima. Jimat dan anak-anak nak bawa pun senang, kecil sahaja dalam beg.

“Tujuan saya satu supaya nak mengajar anak-anak menghargai orang yang berjasa dengan kita tidak kiralah siapa mereka,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Di ruangan komen, ramai yang menganggap hadiah tersebut unik dan memuji sikap wanita itu yang sedaya upaya untuk menggembirakan guru-guru anak-anaknya.


“Bukan setakat cikgu, mak-mak pun akan suka kalau minyak angin ini ada dalam beg,” komen Rosmaria Zakaria.

“Ini lawak, betul-betul pening cikgu nak melayan anak murid ya. Tetapi memang betul, dulu cikgu-cikgu suka minta minyak angin saya,” komen Annur Izzaty pula.

“Masha Allah idea yang sangat bernas. Kalau saya jadi cikgu pun saya suka sangat. Mesti cikgu tidak pening dah,” komen Zuraini Alias pula. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elnor_81 16-5-2023 12:12 PM
Bagus ni. Aku slalu pesan kt budak, aku xnk ape2. Klo nk bg jugak..bg pen merah. Sng aku tanda buku. thn lps je..se beg bsr aku dpt marker ngan pen merah. Smpi aku bg ke kwn2 lain kot nk pakai.
Quote Perawankota 16-5-2023 03:30 PM
Minyak cap kapak ni ada yg murah lagi ke? Selalu tgk kat drug store paling murah pon rm6
Quote ifanonline 16-5-2023 04:04 PM
kalau bagi kondom ok tak?
Quote supernaturalee 16-5-2023 04:08 PM

mcmn nk lahirkan anak bangsa



Quote kucingitam 16-5-2023 05:23 PM
hahaha supaya cikgu2 tak pening kepala melayan kerenah anak murid
Quote Suchi 16-5-2023 08:22 PM
40 kotak dia beli kan.
Anak2 ramai, so cikgu pun ramai la dia nk kena bagi.
Btw takleh ke bagi cikgu kelas je?
Quote rosmahisham 16-5-2023 08:24 PM
Haritu aku g kedai 2.40 setia ke mana ntah dh x igt, dok cari gula2 fox n mentos kecik2 tu  ..npk ubat gamat petani 2.40..ubat gamat pon blh kot bg hadiah hari guru hi hi.
Quote Lentera 16-5-2023 09:33 PM
Elok pun bahi. Cikgu2 ni gaji beso tapi minyak angin botol paling kecik pun tak mampu nak beli. Bila tiba2 dtg sakit mula la sana sini mintak minyak angin. Sendiri tak nak beringat pastu nyusah kn org
Quote isseliparjepun 16-5-2023 09:41 PM
I bagi bekas lunchbox je. Tapi tak isi apa lagi tu sebab sambutan ditunda. Boleh jugak ni isi minyak kapak dengan minyak tyt. Idea cantik nih.
Quote akies 16-5-2023 11:13 PM
Good idea. Simple tapi amat berguna jika kecemasan.
Anak iols bg cookies shj pada cikgu yg dia sayang.
Quote clarizsa 16-5-2023 11:16 PM
I dulu mmg suka myk cp kapak ni tp sejak asyik2 beli dpt yg bau busuk semacam , i dh x suka n bertukar ke minyak yuyi yg sentiasa wangi
Quote rosedemon 17-5-2023 08:20 AM
buatpe bg cikgu hadiah puihh
Quote syamzana 17-5-2023 09:00 AM
rosedemon replied at 17-5-2023 08:20 AM
buatpe bg cikgu hadiah puihh

chuolss dah kenapa?
dah hari guru bagi la keutamaan hadiah kat cikgu2

tggu birthday uols nati, berbondong-bondong dpt hadiah kalau ada yg prihatin la
Quote pittjie 17-5-2023 09:04 AM
syamzana replied at 17-5-2023 09:00 AM
chuolss dah kenapa?
dah hari guru bagi la keutamaan hadiah kat cikgu2

kan. ada jgk org yang dengki kat cikgu. dulu selalu kena denda kut dgn cikgu dia masa sekolah. hahha. kita ni sampai diajar la kan tuk hadiahkan walau fatehah tuk bekas cikgu2 kita.

Quote TomyamPuteh 17-5-2023 09:24 AM
Selamat Hari Guru kpd Bang Non. Ucapan dari anak murid... Ahmad Zahid bin Hamidi.
Quote najib888 17-5-2023 10:19 AM
Sekarang ni mmg murid2 ‘wajib’ bagi hadiah pada cikgu ke? No gift policy tak terguna pakai untuk para guru2 ke?
Quote dua_chzy 17-5-2023 10:22 AM
Takda pun wajib. Lahai. Aku cikgu pun bagi cikgu kat cikgu2 anak2 aku sebab aku tau deols bertungkus lumus mengajar anak2 aku. Dasar kedekut tak reti menghargai sesama manusia sekor2 lagi nak pertikai bila anak murid bagi hadiah. Apa sendu sangat ka hidup korang suma benda nak kritik suma benda tak ngam macam acik2 bod gosip?
Quote iman_kasih 17-5-2023 10:32 AM
Unik dan simbolik! Menarik.
Quote mizzmimi 17-5-2023 10:49 AM
Konsep dia i feel u ticer.. sendiri pon pening ngan anak sendiri apatah lagi cikgu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top