CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MEF Gesa Kerajaan Kurangkan Tenaga Kerja Asing - "RM34 Bilion Setahun Wang Negara Dibawa Keluar"

16-5-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 454| Komen: 4

Kerajaan diminta untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dengan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau 'reskilling and upskilling' pekerja tempatan.


Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pengambilan pekerja tempatan dalam sektor tertentu lebih baik dan menjimatkan kos pada jangka masa panjang.


Gambar hiasan/Bernama

"Nak ambil pekerja asing menelan kos yang mahal sebagai contoh kos pengambilan pekerja dari Bangladesh kira-kira RM25,000 untuk setiap pekerja. Ini berbeza dengan pekerja tempatan yang tidak perlu keluarkan kos banyak.

"Selain itu, lambakan pekerja asing di negara ini juga memberi impak kepada ekonomi kerana pengaliran wang yang keluar dari negara ini secara rasmi berjumlah RM34 bilion setahun. Kos berkenaan tidak termasuk pekerja asing datang secara tidak sah dan sebagainya.


"Jadi jumlah pengaliran wang keluar tersebut boleh satu kali ganda daripada jumlah rasmi. Bayangkan jika wang sebanyak itu dikekalkan dalam negara dan ia digunakan bagi memperkukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Sesi Perbincangan Meja Bulat Majlis Profesor Negara (MPN) di sini pada Isnin.

Dalam usaha menarik pekerja tempatan, beliau berkata, majikan perlu meningkatkan cara pengendalian sesuatu pekerjaan tersebut dengan penggunaan teknologi.

Menurutnya, sebagai contoh di sektor perladangan pada masa ini ramai majikan telah mengaplikasikan teknologi dalam urusan pekerjaan seperti pekerja menggunakan dron untuk menabur baja, meracun ladang dan sebagainya.

"Ini sebenarnya akan menarik pekerja tempatan bekerja dalam bidang tersebut dan mereka yang bekerja di ladang tak perlu lagi menggunakan kudrat tenaga seperti gunakan mesin untuk kutip buah lerai dan lain-lain.

"Jadi majikan perlu melabur lebih pada teknologi selain kerajaan perlu memainkan peranan dengan membantu majikan kecil khususnya untuk menggunakan teknologi, automasi dan sebagainya dalam urusan pekerjaan," jelasnya.


Shamsuddin

Shamsuddin menambah, pekerja juga perlu meningkatkan kemahiran dengan dilatih dan diberi pendidikan teknikal mengikut bidang pilihan masing-masing.

"Apa juga kemahiran mereka terima mesti disijilkan. Itu penting dan pada akhirnya nanti kita akan ada satu sistem bayaran gaji, mereka dibayar bukan atas dasar gaji minimum tetapi atas dasar kemahiran mereka mengikut tahap sijil masing-masing.

"Sebab itu kita lihat sebagai contoh sektor perladangan, mereka yang mengendalikan dron dan mesin tersebut dibayar gaji sebanyak RM3,000 dan bukannya gaji minimum.

"Sudah semestinya ia melibatkan syarikat besar tetapi kita harapkan perkara sedemikian dapat diperluaskan di setiap peringkat dan akhirnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing," jelasnya.

Pada Isnin, MPN menganjurkan sesi perbincangan meja bulat dengan menghimpunkan lebih 20 ahli akademik dan wakil MEF untuk berbincang mengenai soal menangani isu kebanjiran warga asing di Malaysia.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 16-5-2023 12:01 PM
benda ni ok kalau wang RM masuk lebih tinggi daripada wang RM keluar. So, kena balancekan kat situ je dulu, sebab kat mesia ni memang perlukan warga asing pon untuk industri berat misalnya.
Quote najib888 16-5-2023 12:19 PM
Aik? lain pulak nada hang la ni? dulu bukan main hang kutuk & hina pekerja tempatan..
Quote najib888 16-5-2023 12:23 PM
Segera bawa masuk lebih ramai pekerja asing: MEF
SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa agar kerajaan segera membawa masuk lebih ramai pekerja asing dalam usaha menangani masalah kekurangan tenaga kerja terutama dalam sektor perladangan dan perkilangan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ini kerana tidak ramai pekerja tempatan mahu mengambil alih tugas tersebut dan kebanyakan hanya dilakukan oleh pekerja asing.

Menurutnya, jika perkara itu tidak dapat diatasi segera maka ia akan menjejaskan lagi sumber pendapatan ekonomi negara.

“Untuk jangka masa pendek amat penting untuk kita membawa masuk pekerja asing dengan segera bagi menampung keperluan pada masa kini. Sebagai contoh di sektor perladangan, mereka mengalami banyak kerugian kerana buah sawit yang sudah masak kalau tidak dituai akan lebih buruk dan terbuang begitu saja.

“Selain itu, kita juga dapat melihat banyak restoran masih lagi belum dibuka, malah ada yang terpaksa ditutup sepenuhnya kerana tidak ada pekerja terutama pekerja tempatan mahu bekerja di bahagian perkhidmatan makanan dan minuman (F&B).

“Sama juga di sektor perhotelan. Walaupun kerajaan sudah membenarkan aktiviti pelancongan di dalam negeri tetapi kita kekurangan pekerja untuk mengemas bilik dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, Shamsuddin berkata, ia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing kerana negara perlukan perubahan terutama dari segi penggunaan teknologi moden.

Beliau berkata, ia memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi untuk menceburi bidang tersebut.




https://www.sinarharian.com.my/a ... i-pekerja-asing-mef

sakit otak ka apa ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055381 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top