CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asrama Pekerja Hospital Terbakar, 6 Maut Dan Dijangka Bertambah

16-5-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 222| Komen: 1

Kebakaran di sebuah asrama di Wellington, New Zealand awal pagi Selasa meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan dijangka akan bertambah.

"Saya menerima beberapa laporan yang bercanggah tentang angka kematian namun buat masa ini enam mangsa disahkan maut dalam kejadian itu.



Reuters

"Angka kematian mungkin akan bertambah namun ia tidak akan melebihi 10 orang," kata Perdana Menteri Chris Hipkins kepada Newshub.

Pengurus Daerah Bomba Wellington, Nick Pyatt berkata, pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.

Lima orang dikejarkan ke hospital berdekatan namun puluhan lagi mangsa masih dilaporkan hilang.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 100 individu dipercayai berada dalam bangunan tersebut ketika kejadian.

Kata Pyatt, kebanyakan antara mereka merupakan pekerja syif di sebuah hospital dan ketika ini ia sukar untuk menentukan jumlah bilangan yang tepat.


Menurutnya lagi kebakaran bermula di tingkat atas Loafer Lodge di Newtown dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.031903 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top