CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Perempuan Meninggal Dunia Ketika Delimawati Di Makkah

16-5-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2340| Komen: 16

 Delimawati Ismail, 65, berdepan ujian berat apabila kehilangan dua anaknya dalam tempoh kira-kira setahun.

Semalam, Delimawati yang kini berada di Makkah mengerjakan umrah kehilangan anak perempuannya, Sarah Jaafar, 43, yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang.


Terdahulu, pada 30 April tahun lalu, anak lelakinya, Zulfazli Jaafar meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor.


Foto: Harian Metro

Dalam pada menanggung kesedihan, Delimawati reda mendapat berita duka itu dan mendoakan roh anaknya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah. Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya. Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi," tulisnya di Instagram.

Delimawati berkata, kali terakhir Sarah yang dipanggil Ara itu meraikan hari jadinya ketika di lapangan terbang sebelum ini.


"Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku. Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana," tulisnya.

Sementara itu, seorang rakan Allahyarham berkongsi Sarah adalah seorang ahli perniagaan yang tidak kedekut ilmu.

"Kali terakhir berjumpa pada Ramadan tempoh hari. Sanggup datang dari Kuala Kangsar ke Ipoh singgah gerai membeli kuih limas. Tak sempat bersembang lama ketika itu kerana ramai pelanggan yang datang. Hanya senyuman tak pernah lekang dari wajahmu sahabat.

"Kami selalu sokong sesama sendiri. Melihat perkembangan perniagaan bermula dari bawah yang tak punya apa-apa sehinggalah berkembang dan maju. Sangat mudah berurusan denganmu sahabat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 16-5-2023 11:36 AM
Innalillahiwainnailahirojiun
Salam takziah utk Delimawati aka Mak Limah
Muda lagi anaknya
Sakit agaknya?
Quote dudaberhias 16-5-2023 11:45 AM
innalilah salam takziah buat keluarga
Quote babynina30 16-5-2023 11:52 AM
Cantik. I igt late 20s
Quote Moyangkucing 16-5-2023 12:05 PM
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua tempat kembali. Salam takziah kakLimah semoga tabah.
Quote syamzana 16-5-2023 12:09 PM
salam takziah...
Quote rosewhite 16-5-2023 12:16 PM
sakit jantung ke?
Quote sitipynka79 16-5-2023 12:21 PM

Semalam anaknye sesak nafas .. hantar hospital meninggal. pesakit diabetic dan breast cancer juga. baik sangat arwah Sarah ni. rajin bersedekah. orang nye ceria. Doakan juga moga suami dan anak2 nye kuat masih kecik2 lagi Moga arwah Sarah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.
Quote Suchi 16-5-2023 12:27 PM
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

Anak yg ni ke yg dia tumpang duduk sekali tu? Sedihnya kehilangan anak 2 tahun berturut, sepatutnya anak yg kebumikan kita tp anak pula yg pergi dulu.
Semoga roh Allah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman
Quote Suchi 16-5-2023 12:28 PM
sitipynka79 replied at 16-5-2023 12:21 PM
Semalam anaknye sesak nafas .. hantar hospital meninggal. pesakit diabetic dan breast cancer juga. ...

Pesakit kanser rupanya, org baik Allah sayang.

Semoga anak2 dan suami diberikan kekuatan dan ketabahan.
Quote sitipynka79 16-5-2023 12:48 PM
Suchi replied at 16-5-2023 12:28 PM
Pesakit kanser rupanya, org baik Allah sayang.

Semoga anak2 dan suami diberikan kekuatan dan keta ...

Aminn Ya Allah
Quote MikeSin 16-5-2023 12:55 PM
Semoga yang pergi diberi kemudahan segala urusan yang masih tersisa didunia dan urusan di sana

semoga yang ditinggalkan diberi kesabaran dan kedekatan pada Allah SWT

aminnn
Quote 3chanceno 16-5-2023 01:03 PM
Innallillah & salam takziah..doa Ibu insyallah makbul sementelah lagik masih mengerjakan umrah..semuga famili tabah menghadapi dugaan ini.
Quote nsmy 16-5-2023 01:11 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Salam takziah...
Moga urusan jenazah dipermudah...
Quote sukacactus 16-5-2023 02:43 PM
Salam takziah utk keluarga delimawati
Quote rosedemon 17-5-2023 08:37 AM
salam takziah kak
Quote nuralisa 17-5-2023 09:01 AM
anak2 dia 5 org kan..
3 dah meninggal .. tinggal 2 jer.. sedihnya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.076591 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top