CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Minta Bantuan Orang Awam Kesan Pengasuh Tular Mengasari Bayi

16-5-2023 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 827| Komen: 14

Polis mengesan seorang wanita dipercayai pengasuh taska swasta di Mutiara Rini, Skudai yang tular di media sosial sejak semalam selepas dilihat mengasari seorang bayi.

Menerusi video berdurasi satu minit lapan saat, wanita berkenaan dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit.



FOTO tular yang memaparkan seorang wanita mengasari bayi . FOTO Ihsan Pembaca

Malah, wanita yang kelihatan marah kerana bayi itu menangis turut meniup muka bayi terbabit sehingga menyebabkan bayi itu seperti sukar bernafas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes berkenaan.

"Satu laporan polis dibuat orang awam yang menerima satu video di aplikasi WhatsApp, memaparkan seorang wanita yang mengasari seorang bayi.

"Hasil soal siasat mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, polis masih mengesan suspek bagi tujuan siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 16-5-2023 10:29 AM
tolong carik dia dan dedahkan identiti
Quote nirose 16-5-2023 10:40 AM
cikatilia replied at 16-5-2023 10:29 AM
tolong carik dia dan dedahkan identiti

Kt ig limabelas ada tunjuk muka.. eyy geram gila. Sayu dengar baby tu punya tangisan..
Quote cikatilia 16-5-2023 10:42 AM
nirose replied at 16-5-2023 10:40 AM
Kt ig limabelas ada tunjuk muka.. eyy geram gila. Sayu dengar baby tu punya tangisan..

ok satgi aku tgk
yeweh.. xsanggup nak tgk video tu.. rasa sayu gila.. harap mak bapak baby tu saman kaw kaw biar mereput dia kat penjara nun
Quote swateng1 16-5-2023 10:46 AM
aku kalau jumpa betina ni, mmg terajang laaa..
Quote dua_chzy 16-5-2023 10:46 AM
Pendera bayi tanahair wajib gundu iya.
Quote dua_chzy 16-5-2023 10:47 AM
Yang kerja kat tasks tu pun lembik jah tak berani terang2 defend baby tu. Takleh humban je kerusi ke muka akak tu? Biasanya berani kasik viral gini ja.
Quote mawarkhayalan99 16-5-2023 10:53 AM
dah kena tangkap dah si gemok ni moga ko melingkup dalam penjara
Quote ainonymous 16-5-2023 11:04 AM
huaaaaaaaaaa menyesal tgk video tuuu kesian baby tu kena marah2 pukul2.
Quote xtinkerbellx 16-5-2023 12:08 PM
X sanggup nak tgk kalo melibatkan baby ni
Quote Firenzza 16-5-2023 12:56 PM
Ni benon no 2 ka? Harap2 xde la politaik yg cover siap upah loyer mahal2 plk nti
Quote KamikuP 16-5-2023 03:55 PM
Meolls x sanggup tengok video baby kene dera ni sedih ya amt. Moga si gemuk benon no 2 ni kene tangkap cepat2
Quote ifanonline 16-5-2023 03:57 PM
sekarang ni kena tengok pengasuh2 di rumah jagaan...kalau gundu, gemok, tong drum...baik jgn hantar
Quote harisbee 16-5-2023 04:32 PM
Pusat jagaan cuci duit haram org politik lewtu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050373 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top