CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hazeeq Dean Makin Glamour, Bangga Nama Naik Sama Dengan Nadhir Nasar, Mierul Aiman Dan Amir Ahnaf

16-5-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2843| Komen: 29

Hazeeq Dean tidak pernah terfikir namanya akan kerap menjadi sebutan ramai namun bersyukur apabila bakat lakonannya mula disedari ramai.

“Tak pernah terfikir nama tu akan melonjak naik sebab saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon berdasarkan apa yang diminta di dalam skrip.


“Alhamdulillah, rezeki saya makin luas dan adalah tawaran yang datang tapi semuanya bergantung pada jalan cerita sesebuah naskhah tu, kalau okay saya teruskan,” katanya kepada XTRA.

Foto: IG

Menurut Hazeeq, dia ingin mencabar dirinya untuk mencuba pelbagai watak yang berbeza dalam lakonannya.

Malah, dia juga meluahkan hasratnya untuk terlibat dalam drama yang bergenre romantik dan kisah cinta memandangkan dirinya kerap menjayakan watak antagonis sebelum ini.



“Saya lebih suka mencuba watak-watak yang berbeza macam sebelum ni dalam Projek High Council tu jahatnya sangatlah berbeza.

“Tapi sekarang ni saya macam nak cuba berlakon drama yang bergenre romance, kisah cinta sebab as budak sekolah dah. So, kalau ada watak yang lagi mencabar tu memang saya looking for that.

“Sejujurnya, saya memang teringin sangat nak bawa watak bercinta sebab saya dah selalu sangat bawa watak antagonis. So, saya memang teringin sangat nak bawa watak macam tu,” jelasnya.



Menyedari popularitinya mula meningkat naik seperti rakan seperjuangannya iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf, Hazeeq turut meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan yang dikecapi bersama.

Malah, dia juga sudah menganggap mereka seperti keluarganya dan sering bertukar pendapat bersama.

“Saya sangat gembira tengok kawan-kawan saya makin lama makin meletup sebab itu yang kami rancang dari awal. Sekarang ni semua tu satu persatu datang.



“Sejujurnya, kami tak pernah bandingkan populariti antara satu sama lain sebab bagi saya kita semua hanya nak yang terbaik untuk sesama sendiri.

“Saya anggap mereka macam keluarga sendiri yang bangga tengok kejayaan masing-masing. Kami juga selalu berkongsi pendapat bukan sahaja tentang kehidupan, kami selalu bertukar pendapat untuk nak buat sesuatu watak tu lebih gempak dan beri yang terbaik bila nak dikeluarkan di kaca televisyen tu,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 16-5-2023 10:12 AM
Muka Tua la budak2 high council tuuu..xdak muka budak sekolah pun..tgk Korea pun budak sekolah....muka baby face kot..apa dah pupus Ka pelakon remaja kat Msia ni sampai ambik pelakon Tua jadi budak sekolah?
.
Quote cloudnine 16-5-2023 10:50 AM
Hazeeq ni memang nampak supportive dan positif orangnya. Happy tengok dia dah dapat limelight seiring kawan-kawan dia.

Walaupun i think dia masih kena improve lakonan dia. Takpe benda boleh belajar. Usaha terus hazeeq.
Quote anilanil 16-5-2023 12:02 PM
Dak hazeeq ni kalo watak psiko menjadi btol. Tak perlu muka pecah pintu jamban utk watak antagonist. Sedap sikit mata memandang...
Quote rosewhite 16-5-2023 12:22 PM
selain High Council, dia pernah berlakon cite apa?
Quote dudaberhias 16-5-2023 12:24 PM
orkid_amani replied at 16-5-2023 10:12 AM
Muka Tua la budak2 high council tuuu..xdak muka budak sekolah pun..tgk Korea pun budak sekolah....mu ...

khennn... tak berselera tengok semua bebudak muka tua macam bapak orang...

tapi yang korea tu pun pelakon2 tua je semuanya dorang ambik... dengan tinggi lampainya...
macam true beauty, extraordinary you etc...

mujur herlok khen kaka... terus iols maafkan dan tak jadi nak marah...
kalau tak herlok memang dah di cerca 7 keturunan...

silap2 aku humban TV tu kot tingkap dan kambuih belakang rumah...




Quote alieyrina 16-5-2023 12:26 PM
X tgk phc.. boleh tahan jugak rupa mata dia seksi la
Quote September14 16-5-2023 12:31 PM
X tgk tp aku rasa drama n pelakon dia smua ok ok drpd drama daniel anak papa megah holding
Quote heythere123 16-5-2023 02:38 PM
rosewhite replied at 16-5-2023 12:22 PM
selain High Council, dia pernah berlakon cite apa?

the maid S2
Quote dekmieDandy 16-5-2023 03:29 PM
pernah nampak dia IRL

takdelar tinggi melangit sangat, tapi proportion badan dia memang cantik

muka dia ala-ala pelakon sendu sebelum ni, tapi aku lupa dah nama dia
Quote kuceeng 16-5-2023 03:40 PM
Edited by kuceeng at 16-5-2023 03:42 PM

ngkorang ni memang kemain ek, mentang2 la dia ni kulit tak gelap, mata sepet2 sikit, tak nampak la pulak org cerca melayu kepam la, berkerak la mcm si nahim fuckri kapla kena.. memang dasar tak sedar diri sungguh ye memasing
tapi dia ni muka menggerutu
Quote 3480 16-5-2023 05:12 PM
Pasni ada la tu drama lomentik2 mcm dia nak tu..
Quote sleepandream 16-5-2023 05:23 PM
orkid_amani replied at 16-5-2023 10:12 AM
Muka Tua la budak2 high council tuuu..xdak muka budak sekolah pun..tgk Korea pun budak sekolah....mu ...

exactly.... lagi2 yang jadi kapla tu...
budak2 laki ni lambat matured ler... kat kolej pun roper budak lagi...
unless kapla tu repeat spm
Quote orkid_amani 16-5-2023 06:29 PM
dudaberhias replied at 16-5-2023 12:24 PM
khennn... tak berselera tengok semua bebudak muka tua macam bapak orang...

tapi yang korea tu pun ...

Beetoiiii..tgk la cerita duty after school tuu..bukannya pelakon muda remaja pun tapi muka muda..ini apooo cerita budak sekolah pelakon muka Tua..xkena
Quote codenamedream 16-5-2023 06:35 PM
dudaberhias replied at 16-5-2023 12:24 PM
khennn... tak berselera tengok semua bebudak muka tua macam bapak orang...

tapi yang korea tu pun ...

Meols meraikan kepelbagaian rupa dlm cerita budak sekolah. Jambu Korea ataupun Kelindan Malaysia. Dedua meols suka

Quote heythere123 16-5-2023 07:19 PM
tapi heols himbo sikit. Kena polish la gi bab bercakap tu
Quote Myeramie 16-5-2023 09:40 PM
Dia paling ensem kut dlm high council tu.Cume muke jrwt la skit.sebab yg lain sendu skit muke.dh muke cam Thai actor bl tu.
Quote rosedemon 17-5-2023 08:33 AM
watevaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Yunho 17-5-2023 08:52 AM
orkid_amani replied at 16-5-2023 10:12 AM
Muka Tua la budak2 high council tuuu..xdak muka budak sekolah pun..tgk Korea pun budak sekolah....mu ...

rasanye budak sekolah kat malaysia ni mmg tak ade baby face...semua muka dewasa yg dh kena tiup asap rokok masing2...tak ade mcm korea yg berjaga seawal kehidupan dia org...

Quote CandyK 17-5-2023 09:02 AM
heythere123 replied at 16-5-2023 07:19 PM
tapi heols himbo sikit. Kena polish la gi bab bercakap tu

Maybe sebab dia tak sambung belajar lepas spm kot. Macam mirerul ke kapla ke nadhir tu ada juga degree n diploma kan. Tapi tak sangka la dia pandai gubah bunga. Dia ada bisnes jual bunga kan before masuk hero remaja. Rare la i rasa. Tapi mulut dia boleh tahan savage gak time live dia sembur je fans2 yang over ni. Haha tiber i layan kan bebudak ni. Dah asyik lalu lalang kat fyp i dulu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top