CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kulit Gelap Hitam, Ibu Terkejut Terus Istighfar Tengok Bayi Sendiri "Ingatkan Anak Orang Lain"

16-5-2023 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2987| Komen: 28

Farah Adibah Amirah Kunyee, 22, melahirkan anaknya Muhammad Aryan Qusyairy Mohamad Afiq dilahirkan dalam keadaan kulitnya berwarna biru lebam akibat lemas.

Katanya kulit anaknya sangat gelap selepas lahir sehingga yang meraih perhatian netizen.


Foto: mStar

“Anak lemas sebab saya tak kuat nak teran dia keluar. Saya tak berapa ingat berapa kali tapi lebih dari lima cubaan.

“Masa tu bahu dia tersangkut jadi doktor tolong tarikkan badan dia sikit untuk keluarkan. Saya tetap cuba teran juga demi nak keluarkan dia.

“Masa tu ada nurse (jururawat) tekan dan tolak perut saya ke bawah sebab nak keluarkan baby. Ada juga cara lain doktor cuba tapi saya tak tahu. Apa-apa pun bersyukur sangat saya tak kena buat pembedahan atau vakum masa beranak,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Setelah selesai melahirkan, Faraa yang berasal dari Ulu Tiram, Johor pada mulanya tidak mengetahui tentang warna kulit anaknya itu.


Bagaimanapun pihak hospital ada memaklumkan berkemungkinan anaknya mengalami kecederaan bahu kerana tersangkut setelah empat jam ‘bertarung’ nyawa di bilik bersalin.


Namun, anaknya yang dilahirkan seberat 3.34 kilogram (kg) itu disahkan sihat dan tidak cedera melainkan wajahnya yang lebam.

“Baby keluar je terus muka dia warna biru sebab lemas dalam perut. Hari pertama biru lebam, hari kedua jadi warna ungu dan hari-hari seterusnya dia jadi merah pekat.

“Kemudian kulitnya bertukar merah cair sebelum normal selepas dua minggu. Saya tak ada letak sebarang krim atau produk pada kulit dia. Memang dia sembuh sendiri saja.

“Masa mula-mula saya dan suami nak lawat baby tak fikir apa pun sehinggalah ternampak seorang baby ni mukanya lebam. Saya tak terfikir pun kalau itu adalah anak saya. Bila doktor kata tu anak saya, kami sangat terkejut dan istighfar,” katanya lagi.

Namun sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Faraa tidak melatah atau bersedih dengan apa berlaku malah dia percaya bahawa kulit anaknya akan berubah seperti bayi-bayi normal.

“Masa dia warna gelap tu tak ada yang cakap apa-apa. Tapi baby balik dari hospital selepas empat hari muka dia dah jadi merah kemerahan yang pekat sebab nak berubah ke warna kulit biasa. Saya ada tunjuk gambar dekat famili. Ramai yang terkejut dan nak tahu kenapa baby jadi macam tu.

“Doktor ada beritahu puncanya baby besar dan saya pula kecil orangnya. Lepas tu doktor ada cakap juga enam daripada 10 ibu akan alami situasi ni walaupun anaknya kecil.

“Nasihat saya dekat ibu bapa di luar sana, jika berlaku perkara yang sama macam saya, jangan terlalu fikir dan risau yang melampau. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Sebabnya warna kulit baby yang macam ni memang akan berubah. Cepat atau lambat saja,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-5-2023 09:13 AM
Hahahaha . Bila dah beso bdk ni boleh bahan dia
Quote Yoonggi 16-5-2023 09:25 AM
tajuk ni misleading la. rupanya hanya bahagian muka yg kebiruan sbb lemas. hidung baby ni sejibik hidung apaknya
Quote shark_eow7 16-5-2023 09:43 AM
masa nak bersalin itu hari, ade baby muka berbelang hitam dgn warna kulit biasa. Mak dia cakap baby terbelit tali pusat kat muka masa keluar. sebab tu muka anak dia berbelang.
Quote meah_kelabu 16-5-2023 09:50 AM
comel bile dh beso. gebuuu
tapi warna kulit baby mmg akan berubah kan
kalo baby2 yg kecik2 mcm merah gelap tu biasenye beso sket mmg akan cerah
Quote nolya 16-5-2023 10:01 AM
Andainya doktor tahu  bayi lebih besar drp size ibu, kenapa awal2 lagi doktor tak nasihat buat czer?
Quote supernaturalee 16-5-2023 10:20 AM
klu menten gelap agak2 ade ke die nk kabo

Quote Decaffeinated 16-5-2023 10:27 AM
Itu lebam lah setan, kulit hitam tu negro.
Quote Thunderclouds 16-5-2023 10:38 AM
Decaffeinated replied at 16-5-2023 10:27 AM
Itu lebam lah setan, kulit hitam tu negro.


Marah naw napak.
Quote prince_marhaen 16-5-2023 11:11 AM
Tanjat kita...ingat sebab nama ibunya Kunyee ada darah-darah genetik laki Fyna Jebat lemang hitam... rupanya lebam je....mau tak cuak ye tetiba anak lain warna...
Quote Suchi 16-5-2023 11:19 AM
Otak dia cemana? Biasanya baby yg lepas alami cerebral palsy kan? Tp syukur anak dia takda masalah la kiranya kan
Quote makadek 16-5-2023 11:32 AM
Idak ler kecik sgt
Aku igt mama2 kecik mak tinggi 4kaki
Quote makadek 16-5-2023 11:33 AM
Aku pn bb 4kg rendah 150 je
Masuk dlm bekas dia tersembul seketul
Quote grouper 16-5-2023 11:39 AM
Decaffeinated replied at 16-5-2023 10:27 AM
Itu lebam lah setan, kulit hitam tu negro.

India pun kulit hitam gak
Quote sukacactus 16-5-2023 11:46 AM
Apa la yg takut sgt nak czer kalau dah baby tu besar
Sanggup la 4 jam meneran
Quote jalfa 16-5-2023 11:55 AM
Seram bila part veranak.dua kali veranak dhah serik gila aku...mcmana org veranak ramai tiap tiap tahun
Quote eyansss 16-5-2023 12:01 PM
nolya replied at 16-5-2023 10:01 AM
Andainya doktor tahu  bayi lebih besar drp size ibu, kenapa awal2 lagi doktor tak nasihat buat czer?

ada ibu yang degil takmo czer...  dan ada yang sampai tuduh doc sengaja suruh czer sebab nak buat duit...
Quote Firenzza 16-5-2023 01:00 PM
Teringat tiktok mat salleh honeymoon berjimbarama  kt afrika......bila balik UK bersalin anak muka dayang senandung....laki dia tepuk dahi
Quote juruterra 16-5-2023 01:31 PM
nolya replied at 16-5-2023 10:01 AM
Andainya doktor tahu  bayi lebih besar drp size ibu, kenapa awal2 lagi doktor tak nasihat buat czer?

kdg2 doc tatau pun akan ada masalah bahu sangkut ni(shoulder dystocia term medical dia). sbb doc tak tau size pelviks ibu sampai la masa delivery. ikutkan 3.4kg bole je beranak normal kalau pelviks besar. saya pun mengalami yg sama masa bersalin anak ke2, berat dia 3.5kg. sangkut bahunya teruk saya kena gunting / jahit... sbb doc ckp pelviks saya kecik. anak 1st xde masalah sbb berat dia 2.7kg je...so anak ke 3 & 4 doktor induce siap2 masa estimated weight baby dlm 3kg sbb taknak go thru bende sama. nasib anak saya shoulder tak patah..risau juga masa lahir2 tu dia tak menangis & doc tarik tangan dia, tangan lembek jatuh ke bawah. masuk incubator then nx day Alhamdulillah ok, now dh 180cm tingginya anak teruna saya tu
Quote Simunggu 16-5-2023 02:33 PM
Firenzza replied at 16-5-2023 01:00 PM
Teringat tiktok mat salleh honeymoon berjimbarama  kt afrika......bila balik UK bersalin anak muka d ...

mesti pekena belalai besar

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.142031 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top