CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dedah Kuarters Dipenuhi Najis Burung, Aduan Tidak Dilayan

15-5-2023 10:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1041| Komen: 8

Petaling Jaya – Seorang guru mendakwa aduan yang dibuat berhubung keadaan siling sebuah kuarters kerajaan dipenuhi najis burung dan kelawar tidak dilayan pihak atasan.

Perkara itu yang didedahkan menerusi perkongsian di Twitter TheTehOriginal dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.


Menurut guru itu, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan bau busuk yang terpaksa dihidu setiap hari ketika pulang ke rumah.

Keadaan siling sebuah kuarters kerajaan yang dipenuhi najis burung dan kelawar.

“Letih buat aduan tapi jawapan yang dapat tiada bajet. Balik tadi buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah. Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu suluh pengawal dan panjat siling kuarters.

“Jadi aku ambil video dan gambar bahagian atas siling rumah. Biar mereka melihat walaupun tak merasainya. Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melawat kawasan,” katanya hari ini.


Kata guru itu, dia juga telah membuat rayuan agar kerja membaik pulih siling kuarters berkenaan disegerakan, namun hanya menerima alasan yang sama.

“Setiap kali aduan tiada pihak yang turun melihat dengan mata kasar. Sekurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ yang aku hadap setiap hari,” jelasnya. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 15-5-2023 10:48 PM
hehe last time circa 2010/2011, meols temankan kawan meols yang nak buat praktikal dpli kat sg petani, kedah. So, heols apply kuarters guru kat situ. Bila bukak je pintu, tuuuuudia!!!! taik burung apa semua penuh dalam rumah, kat balkoni lagi la penuh siap pakej tebal xleh bincang yach. Sama la macam dalam gambar di atas.

Memang diorang yang incharge benda ni langsung tak amik tahu ke apa entah, buatla maintenance.

Pastu last week, meols teman kawan cikgu pegi open house kat Bertam. Nah...kuarters guru ada dalam 8 biji bangunan, semuanya kosong dan tidak dijaga. Bumbung dah terjungkit, nampak usang. Tu kalau dijaga dengan rapi pastu disewakan kat orang, boleh je buat duit.

Pelik2 ye cara gomen jaga aset. Ke caner? Kat belah seberang rumah landed murah2 uols, so cecikgu lebih selesa beli rumah landed mur2 je dalam rm200k, sapa takmau? Sebab tu kuarters guru tak laku. Patutnya diorang boleh je guna plan B, eg: sewakan.
Quote kotakominami 15-5-2023 11:07 PM
Edited by kotakominami at 15-5-2023 11:08 PM

Senang je...time bakar sampah campak biji cili kering dlam tempat bakar tu...lama2 kelawar tak buat sarang kat situ...bakar time sebelom magrib sebab dia baru nk balik sarang....
Quote airmineral 16-5-2023 06:03 AM
hyie: hehe last time circa 2010/2011 ...


iols rasa kuaryer guru ni mmg kpm xjaga betul² la
elok gomen centralizekan aje kuarters² ni xyah la nak asing² kuarters guru la kuarters jkr la kuarters mcm putrajaya tu la
sumbat sume bawah BPH JPM tu xleh ke? senggara pun biar 1 pihak je yg jaga.

kalau kuarters ni gunasama sume pihak, skim² lain pun blh mohon kalau kena pindah keje di tpt² lain.

drpd terbengkalai, pastu nak senggara lagi byk makan duit.. bila da xselesa, org pun xrela nak duduk, baik spend lebih sikit utk umah yg selesa dan selamat.
Quote adizero11 16-5-2023 07:58 AM
Kalau rumah cikgu tu kuarters pegawai tinggi kerajaan konfem duit bajet auto ada jer stnby 24 jam
Quote pokokmeranti 16-5-2023 08:10 AM
airmineral replied at 16-5-2023 06:03 AM
iols rasa kuaryer guru ni mmg kpm xjaga betul² la
elok gomen centralizekan aje kuarters² ni xyah ...

ada isu ini ditimbulkan dalam akhbar. semua perumhan awam boleh digunakan tak kira berbeza kementerian bagi elakkan pembaziran.
Quote ninja boy 16-5-2023 09:03 AM
Buat bgnn utk kasi hantu duduk kasi runtuh tak jaga baik2, rata2 kuarters lebih besar dari size apartment perumahan biasa, rugi2
Quote Weller 16-5-2023 09:30 AM
yang aku tahu, nak apply kuaters kpm kena gi skolah yang 'own' kuaters tersebut. if gb/pengetua kasi, ok xde masalah.

ada gb/pengetua yang tak bagi allocation kuaters sekolah dia kat orang lain selain staff sekolah dia. sampai terbiar jadinya.

staff gomen kementerian lain boleh je kalau nak apply duduk kuaters kpm tp depends on kelulusan gb/pengetua la.

ada juga gb/pengetua yang kasi sewa kat orang luar untuk tambah income sekolah. tp yg ni bahaya kalau 'kena audit' nanti.

ni beberapa situasi yang aku pernah tahu dan nampak sendiri...
Quote MissVixen 16-5-2023 09:34 AM
Kerja gomen ni memang suka membazir dan buat kerja sambil lewa ke? Mentang2 la buat salah apa pun susah nak kena pecat. Asal boleh je.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041154 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top