CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Pakistan Rentung, 2 Rakan Selamat Van Terbakar Dalam Kemalangan

15-5-2023 09:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 369| Komen: 1

Kluang: Warga Pakistan rentung manakala dua rakan senegaranya terselamat selepas van dinaiki terbakar akibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 52 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini, hari ini.


Komander Operasi Nizar Mamun, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di tempat duduk belakang selepas api dipadamkan sepenuhnya.

Keadaan van dan lori yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba.

Katanya, dua lagi rakannya yang berjaya menyelamatkan diri dikenali sebagai Ali Ghafar dan Khan Saleem.

"Kebakaran berlaku selepas van bertembung dengan lori Isuzu lima tan yang membawa muatan batu.

"Tiga mangsa berada di dalam van iaitu pemandu dan penumpang depan yang berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dijumpai rentung di dalam van yang terbakar.


"Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori terbabit juga tidak berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, turut terbabit kemalangan itu, dua kenderaan lain iaitu Toyota Camry dan Honda Civic dari arah bertentangan yang terkena serpihan objek terbang selepas rempuhan itu.

"Bagaimanapun, pemandu dan penumpang dua kenderaan itu selamat," katanya memaklumkan operasi tamat pada 6.39 petang.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-5-2023 08:49 AM
Kekadang terfikir , apa perasaan orang terdekat, bila baca berita wartawan tulis rentung. Tak cukup sedih kehilangan orang, kene baca pulak description yang macam tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top