CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rezeki Miliki Anak Tiri Selepas Kahwin, Mawar Rashid Banyak Belajar Kehidupan Sebagai Seorang Ibu

15-5-2023 09:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 866| Komen: 6

Memiliki dua orang anak tiri selepas berkahwin banyak mengajar pelakon Mawar Rashid mengenai kehidupan sebagai seorang ibu.

Kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, di awal perkahwinan dengan suami iaitu Raf Yaakob, dia sudah diberikan rezeki merasai pengalaman indah bergelar seorang ibu.



"Selamat hari ibu untuk saya. Ibu kepada lima orang anak. Tiga orang yang saya lahirkan dan dua orang yang rezeki Allah bagi daripada perkahwinan terdahulu suami.

"Rayyan dan Raysaa banyak bagi Mummy belajar untuk jadi seorang ibu. Dulu Mummy selalu tertanya adakah perasaan seorang ibu sebegini indah, perasaan bahagia dan sayang bersama anak," katanya.

Mawar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena sambutan hari ibu yang diraikan pada Ahad.

Mawar bagaimanapun berkata persoalan mengenai perasaan sebagai ibu itu lebih difahami selepas dia melahirkan anak sulungnya, Rafael.



"Selepas saya sudah melahirkan Rafael barulah saya mendapat jawapan.

"Ya perasaan yang sama. Bahagia dan sayang serta sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak semua," ujarnya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.

Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-5-2023 02:47 AM
Klu husband tu marhaen, sanggup tak terima sekali pakej anak2 tu?
Quote margo20 16-5-2023 07:09 AM
Anak fazley sememeh boto lg bosa dr omak ey
Quote Suchi 16-5-2023 07:14 AM
3 dah anak dia ya, berapa umur yg lelaki tu? Tinggi drpd mak tiri dah
Quote royaldanish 16-5-2023 07:46 AM
Okeylah tu.. dh kawen senyap je layan anak2 n laki
Quote prince_marhaen 16-5-2023 09:09 AM
mak fazley & raf lawa...sampai ke anak-anak cucu-cucu kemain kepam ye....stylo macamana pun tetap kephammmmm... sampai takde dah genetik siam mawar GST..
Quote aemon 16-5-2023 07:32 PM
Dah besar dah rayyan dgn chanela..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.140856 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top