CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenayah Seksual Bawah Umur Meningkat Di Selangor

15-5-2023 09:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 207| Komen: 2

Serdang: Polis Selangor mengesan jenayah seksual bawah umur berada di tahap membimbangkan apabila mencatatkan sebanyak 155 kes dilaporkan sejak Januari hingga April lalu.

Daripada jumlah itu, 33 individu yang ditahan merupakan pelajar lelaki.


Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kemudahan akses kepada internet dan media sosial memainkan peranan berlakunya jenayah seksual di bawah umur.

Gambar hiasan.

“Kita juga dapati kes-kes begini kian meningkat dan kemungkinan faktornya adalah suka sama suka.

“Jenayah seksual di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan besar dan tidak faham akan undang-undang juga memainkan peranan suspek melakukan jenayah walaupun atas dasar suka sama suka,” katanya pada sidang akbar selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini hari ini.


Beliau berkata, bahan-bahan lucah di internet mudah diakses oleh golongan ini hinggakan mereka menjadi teruja untuk melakukan hubungan seksual dengan mangsa.

Justeru, ibu bapa dan penjaga dinasihati agar memantau dan beri  perhatian terhadap aktiviti anak-anak mereka.

Jelas beliau, kes-kes yang berlaku kebanyakannya terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah menengah dan mangsa paling muda terlibat berusia 12 tahun.

“Kejadian banyak terjadi di rumah suspek atau rumah mangsa, dalam kereta malah di tandas awam.

“Kejadian seperti ini amat membimbangkan kerana melibatkan suspek dan mangsa bawah umur dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan penjara yang boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya.

Tambah Hussein, pihaknya sentiasa memantau aktiviti para pelajar di sekolah dengan mewujudkan pegawai perhubungan sekolah.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu semua tidak memadai sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mengambil serius akan isu ini dan perlu mainkan peranan mengenainya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 15-5-2023 10:57 PM
Hmm.. cabaran dan ujian buat ibu bapa akhir zaman
Quote epullipan 16-5-2023 10:20 AM
walaupon jenayah kebanyakan berlaku suka sama suka la kan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049538 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top