CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Bekas Majikan Bergurau Beri Minum Air Mani

15-5-2023 09:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 719| Komen: 9

Brasilia, Brazil  – Seorang lelaki  membunuh bekas majikannya selepas mendapat tahu bahawa dia diberi minuman dicampur air mani mangsa dalam perbuatan yang dianggap sebagai gurauan, lapor akhbar Daily Star semalam.


Edivan Alves Cavalcante, 49, dilaporkan mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu dan memberikan minuman itu kepada pekerjanya ketika itu, Mauricio Roger Rodrigues Melo, untuk diminum.

Polis merampas pisau dan pakaian yang dipakai suspek ketika dia menikam mangsa. – Newsflash

Melo, 34, yang meminum air tersebut hanya mendapat tahu perkara sebenar  daripada rakan sekerjanya dua tahun kemudian.

Suspek dilaporkan berdendam terhadap bekas majikannya. Dia pergi ke syarikat di mana dia pernah bekerja itu pada 2 Mei lalu.

Melo menikam mangsa selepas bertengkar dengannya, demikian menurut akhbar tempatan.


Suspek kemudian  melarikan diri, namun ditahan di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya.

Dia kemudian didakwa kerana membunuh. Kejadian berlaku di Valparaiso de Goias yang merupakan kawasan perbandaran di negeri Goias, Brazil. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 15-5-2023 09:47 PM
Selayaknya dibunuh
Ingat gay ke suruh telan ko punya semen tu
Ewww yucks
Quote primarikey 15-5-2023 10:25 PM
Memg patut dibunuh supaya tak membiak
Quote Decaffeinated 15-5-2023 10:41 PM
Yuck feeling tu lebih dari ko bubuh air kencing kot. Belum kira level of insult lagi bila jantan minum air jantan lain.

Quote kuzaime 15-5-2023 10:45 PM
Lepas aku baca full artikel ni, mmg aku sokong aje apa dia buat celah mana ntah yg kelakar sgt bagi orang lain telan air mani kau cuma agak musykil kot dah campur air tebu sekalipun, xkan lah x ada bau & rasa pelik??
Quote Carcosa 15-5-2023 11:59 PM
Babi2 yg suka buat prank2 keji mcm ni, mmg patut dimamposkam dgn kadar segera
Quote AWEKSAMURAI 16-5-2023 03:35 AM
Padan muka melawak x kena gaya sgt ... Elok mampos je ... Rancangan2 prank ni lama dlu x silap aku Australia dh banned kes show prank yg host dia mati kena tembak salah prank org terprank org yg ada gun .mati kat situ jgak
Quote dani-rox 16-5-2023 07:28 AM



Quote sangbara2020 16-5-2023 07:29 AM
ha padan..jgn nak berlagak sgt

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.195772 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top