CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enggan Tumpang Harta Chef Wan, Serina Selesa Hidup Berdikari Kini Tenang Di Perlis

15-5-2023 08:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7484| Komen: 109

Pelakon Serina Redzuawan reda apabila mahkamah menyerahkan hak penjagaan kekal anak perempuannya, Isabella Saffiya kepada bekas suami iaitu Gavin Edward O’luanaigh pada Februari lalu.

Meskipun tidak lagi tinggal sebumbung dengan kedua-dua anaknya, Serina, 40, tetap bersyukur kerana dia tidak dihalang untuk bertemu dengan Isabella, 12 dan Tristan Tareef, 13.



"Saya reda dengan apa saja keputusan yang ditetapkan, tapi apa-apa pun saya bersyukur kerana saya tiada masalah untuk berjumpa dengan anak-anak.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat beri keterangan lebih tentang anak-anak kerana saya menghormati pihak mahkamah dan perlu mengikut perintah injunksi," katanya kepada mStar.

Serina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Royale Fiesta Kelantan Tour yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, Tropicana Damansara, Selangor pada Isnin.

Pada 26 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Serina mendapat hak penjagaan kekal terhadap Isabella sementara Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap anak sulung lelaki mereka, Tristan.

Bagaimanapun pada 9 Februari lalu, mahkamah memerintahkan hak penjagaan kekal Isabella itu diberikan pula kepada bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella mengenai pilihan mahu tinggal bersama ibu atau bapa.


Sebahagian alasan yang diberikan Gavin untuk mengubah hak jagaan berkenaan adalah disebabkan Serina sudah berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak kedua itu.

Gavin juga mendakwa Serina kerap berpindah tempat tinggal dan kini berhijrah ke Kangar, Perlis sekali gus menyukarkan wanita berkenaan menjalankan tanggungjawab memelihara keselamatan Isabella.

Sementara itu, berkongsi mengenai perjalanan hidupnya, Serina mengakui berdepan fasa kesukaran dalam namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup.

Biarpun bapanya iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bergelar seorang jutawan, Serina berkata dia lebih selesa hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang tua.

"Daripada segi dugaan jangan cakaplah. Saya ni antara artis yang diduga dengan segala masalah. Hal perkahwinan, hal anak-anak, macam-macam.

"Apa yang membuatkan saya kuat adalah saya daripada dulu tidak pernah bergantung harap pada sesiapa.

"Walaupun saya ada bapa yang kaya, saya tidak pernah telefon papa minta duit. Saya susah macam mana pun, saya tidak pernah minta duit pada papa.

"Bayangkan walaupun bapa saya jutawan, sebuah telefon bimbit pun saya tidak pernah minta dia belikan. Jadi saya memang dibesarkan untuk struggle dan berusaha sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Serina berkata hidupnya kini lebih bahagia selepas dua tahun berhijrah ke Perlis bersama suami Meor Mohammad Aidid, 36.

"Selama ni kan kita hidup dekat bandar, tiba-tiba bila duduk dekat Perlis rasa tenang.

"Bagi saya, bila kita dah dapat kebahagiaan, perkara-perkara lain dah jadi nombor dua. Kita dah tak fikir apa-apa dah.

"Saya kata tak mengapalah. Pengorbanan seorang isteri tu lebih mulia daripada apa yang saya ada sebelum ini. Kemewahan, glamor, semua saya dah dapat dulu," katanya.


Untuk rekod, Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Serina kemudiannya berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diamondmoney 15-5-2023 08:53 PM
Ritu aku dgr cepwan kt duit raya dia kasi serina 10k. Belum kira apa2 yg serina dok hangkut dr umah cepwan bawa balik umah
Quote Diamondmoney 15-5-2023 08:53 PM
Tp laki baru serena ni bgs. Pndai ambik hati cepwan
Quote encikWawad 15-5-2023 09:02 PM
Diamondmoney replied at 15-5-2023 08:53 PM
Ritu aku dgr cepwan kt duit raya dia kasi serina 10k. Belum kira apa2 yg serina dok hangkut dr umah  ...

Haah ada tgk kat ig story cepwan. Tak hadap harta apak tapi apak bagiduit apa salahnya ye takkk. Haha tahun lepas apaknya kata bagi 50k deposit kete. Bimborina lah Serena.
Quote sharlenetexas 15-5-2023 09:03 PM
Diamondmoney replied at 15-5-2023 08:53 PM
Tp laki baru serena ni bgs. Pndai ambik hati cepwan

Tapi serina ni penyondol.


Quote sharlenetexas 15-5-2023 09:04 PM
Duk perlis boleh kawan dgn shu.

Quote Nizleen86 15-5-2023 09:28 PM
Hadap lah cep sampai ke tua dok menanggung anak2. Nasib anak 2 org je cep. Makin murah rezeki dia.
Quote makcun14 15-5-2023 09:31 PM
apa la perasaan ex wife laki dia yach. nak buat macam mana, penyondolnya anak chep one kot, sikit sebanyak mesti dapat rasa tempias orka.
bukan kena sondol ngan anak marhaen berniaga tepi shoplot..
Quote syamzana 15-5-2023 09:37 PM
cehhh tak hadap duit bapak la sgt. pindah rumah berangkut pinggan mangkuk segala karpet perabot pun ayah yg sponsor, ms raya ritu pun sakan.
lainkali nak buat stetmen biar selari dgn karangan bapak kat ig tu.
kalau hadap reter bapak pun apa salahnya dah ayah jutawan anak pun 2 je mmg nak bg kat korang la pun harta dia berkoyan tu pun
Quote lilcountess 15-5-2023 09:39 PM
Diamondmoney replied at 15-5-2023 08:53 PM
Tp laki baru serena ni bgs. Pndai ambik hati cepwan

laki dia cerdik. rugi lah dia kalau terus buat musuh dgn pak mertua tu. ikut aja rentak serina mcm mana, anak-anak tiri pun tak payah tolong jaga full time. kalau chef wan membebel, pekakkan aja telinga. senang hidup
Quote dudaberhias 15-5-2023 09:39 PM
Kesian cefwan. Mujur banyak duit kalau tidak dah kena hempuk dan smackdown dah si serina.

Anak tersayang kan. Gaduh2 dengan bapak, bapak dok kutuk itu ini alih2 gesel2 puji2 bapak cantik macam pamela anderson terus sejuk hati, so cefwan pun hulur lah duit berkepuk2. Ulang2 gitu je lah.

Quote Lampuled 15-5-2023 09:41 PM
encikWawad replied at 15-5-2023 09:02 PM
Haah ada tgk kat ig story cepwan. Tak hadap harta apak tapi apak bagiduit apa salahnya ye takkk. H ...

Org kaya kann 50k tu dia rasa mcm 50 ringgit je kot tu pasal dia kata tak harap sgt duit bapak dia.. gitu la agaknya
Quote faraway1 15-5-2023 09:43 PM
Mak paling bodoh.
Please bagitau dia takda anak baru sebab jenis mak patut dibuang peranakan
Quote jalfa 15-5-2023 10:05 PM
Buat abis duit cep je sponsor turun naik court.ujung ujung isabel pilih dok ngan bapak
Quote Cookingholic 15-5-2023 10:39 PM
Bila kata tak pernah meminta kat chep one tu possible. Yelah tak payah sebut tup2 apak sediakan duit berkepuk2. Tapi bila disusuli dgn ayat “struggle dan berusaha sendiri” tu nampak benahh propa yach dlm ig chep one terang2 apaknya ckp duit raya 10k
Quote imanjannah 15-5-2023 10:48 PM
ce tanya serina kenal x awek bang Jeri
Quote sukacactus 15-5-2023 10:57 PM
Mmg la ko xmintak sebab dah kenyang papa kasi mcm2
Perabut rumah pun papa belikan, huh!
Quote stania83 15-5-2023 10:59 PM
Haywire nya hidup serena jarang laa mak takmdapat hak jaga anak.
Quote Lolalala 15-5-2023 11:11 PM
Tanya budak² yang dah biasa membesar di KL.. tetiba ko bawak duduk ceruk kampung. Mall pun sendu². Internet pun agaknya x laju. Kawan² pulak lain culture. Mak pun bz kot.
Of course laaa budak tu akan pilih father & brother dia
Quote Ahriman 15-5-2023 11:25 PM
Kaya betol cepone.selain restoran apa lagi bisnes dia buat..

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top