CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Takkan Popular Dan Berjaya Jika Sombong' - Noorkumalasari

15-5-2023 07:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 976| Komen: 9

Noorkumalasari, 67, menyifatkan sikap segelintir penggiat seni tanah air hari ini berbeza jika dibandingkan dengan mereka yang sudah terbabit sejak dulu lagi.

Bekas primadona filem Melayu ini ketika ditemui berkata, walaupun semakin ramai bakat baharu, ia tidak sama seperti barisan pelakon senior yang lebih mementingkan budi bahasa.



"Saya kagum dengan artis muda yang lebih menghormati dan menegur saya apabila bertemu, berbanding dengan segelintir pelakon sibuk dengan hal sendiri.

"Pada pendapat saya, sikap sebegitu tidak menjadikan mereka lebih popular dan menjadi perhatian. Jadi, nasihat saya kepada mereka belajarlah menghormati orang lain terutama artis senior yang lebih dulu menempa nama dalam industri hiburan, " katanya.

Dalam masa sama, Noor berkata, sebagai individu yang mencari rezeki dalam mana-mana cabang seni, aspek hormat-menghormati perlu sentiasa diterapkan.


Malah, Noor yang juga penyanyi popular menerusi lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih itu menjadikan nasihat daripada keluarganya sebagai azimat untuk terus bertahan dalam dunia seni.

"Kita perlu hormat manusia tidak kira tua atau muda. Sebagai contoh, saya ambil nasihat bapa saya iaitu biar orang cakap mengenai kita, tapi kita jangan cakap mengenai orang lain

"Keluarga saya juga selalu mengingatkan industri seni ini banyak naik dan turunnya. Kalau ada orang yang buat tidak baik kepada kita, abaikan saja," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Noor berkata, kehidupannya kini dirasakan lebih tenang selepas mengambil keputusan untuk berhijrah sejak beberapa tahun lalu.

"Saya dan suami selalu ke masjid setiap waktu dan rutin harian kami sama saja seperti orang lain. Cuma, apa yang saya boleh katakan, kehidupan saya ketika ini terasa lebih menenangkan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-5-2023 07:32 PM
yes betul sekali!

tokti lalang pun takkan kekal relevan yach kalau sheols sombong... sedangkan lagu dia takde pun yang memoreable di ingatan iols... mv pun semua hauk2 stuck in 2000an gittew! tapi sebab peribadi sheols terhadap fonen2 bottom yang menjadi peminat kuat mati sheols... itu yang membuatkan sheols masih kekal relevan... pakej herlok plak tu masa dulu... tu yang buat iols hormat sangat meskipun iols rajin meratib pasal sheols... tapi bukan menci sheols pun... hanya citer fakta gittew!

tengok la yang sombong dan hanat macam si hattan hidung jambu batu rnr alor pongsu tu... kejap je dah kena cancel... si patiya salah sorang lagi... next anna jobless.... nad jenal dah di kira sendu lah kot kan? sebab popular pun tidak...
hujung2 muka menggerutu macam nenas yang tak habis siang macam aina abdul jua yang popular... sebab sheols ramah dan tak sombong dengan fans meskipun demand harga tinggi...


Quote Orix 15-5-2023 07:46 PM
dudaberhias replied at 15-5-2023 07:32 PM
yes betul sekali!

tokti lalang pun takkan kekal relevan yach kalau sheols sombong... sedangkan lagu ...

cakap pasal tokti lalang, td iols bukak youtube byak pulak video dia duk keluar dekat homepage youtube iols psal konsert dia dgan ernie tu... terusssss iols unsubscribe youtube tokto dan segala mala channel psal tokti.... yiiiihhhhh meluattttttt
Quote dudaberhias 15-5-2023 07:53 PM
Orix replied at 15-5-2023 07:46 PM
cakap pasal tokti lalang, td iols bukak youtube byak pulak video dia duk keluar dekat homepage you ...

ahaha teruskan kaka... lagipun tak rugi pun unsubscribe...bukan ada berita penting atau lagu memoreable pun khen...


ulang2 berita tiap bulan pun pasal pasal konsert sheols... yang penuh dengan ponen bottom yang kena sumpah jadi beruk
...
lepastu pasal anak tiri... lepastu plak pasal melalang...

tak subscribe pun tak rugi.... nak kata takut terlepas MV baru sheols.... MV sheols pun semua hauk2 stuck in 2000an gittew!
baik tengok mv kpop jah... kurang2 herlok... walaupun masing2 menyanyi macam binatang...



Quote burungburung 16-5-2023 12:30 AM
Ada org populariti tu lambert... ada org kejap je terus popular. Tapi betul lah,org sombong ni cpt je org canx.
Quote prince_marhaen 16-5-2023 09:26 AM
she tetap supermodel & artis yang berkelas sampai sekarang ye...exclusive betul she drpd dulu..
Quote KamikuP 16-5-2023 09:45 AM
Suka lakonan sheolls dulu2 mmg on point dan tak kayu lebih2 lagi masa dia jadik bini Jiman tu mmg sedehhh sgt.. huhuhuhu
Quote brunesss 16-5-2023 12:53 PM
lopak pls take note!
Quote Sazreena 16-5-2023 12:55 PM
Ni la yg dikatakan impak...walaupun dah berjaman tapi org ingat lagi. Lagu-lagu dia pun sedap. Ni buatlah konsert tetiap bulan pun tethap la sendu juga...terpaksa menggedik kat tiktok demi nak kekal relevan.
Quote kucingitam 16-5-2023 06:16 PM
lawa betul la acik nor ni dari dulu sampai sekarang...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056458 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top