CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada Masalah Coldplay Nak Buat Konsert Asalkan Tak Kibar Bendera LGBT,"-Caprice

15-5-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 906| Komen: 9

Caprice terbuka dengan penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung November depan selagi kumpulan popular tersebut menghormati negara.

Ujar Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli, 34, kehadiran kumpulan yang popular menerusi lagu Fix You itu juga tidak akan menjadi isu besar selagi tidak menunjukkan sokongan penuh terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert mereka nanti.


Foto: IG

“Bagi saya, tiada masalah Coldplay nak buat konsert di Kuala Lumpur selagi mereka menghormati budaya kita.

“Selagi mereka tidak mengibarkan bendera pelangi (LGBT), insya-Allah selamat,” katanya menerusi sebuah video dalam Instagram hari ini.



Selari dengan kerancakan penganjuran konsert, dia juga berharap acara-acara keagamaan juga diperbanyakkan.

“Kita juga harap acara agama di negara ini dipermudahkan termasuk isu tauliah golongan agamawan.

“Insya-Allah acara hiburan dan agama berjalan seiring. Tiada masalah pun,” ujarnya.



Menyelar kecaman segelintir pihak mengenai kemasukan kumpulan Coldplay yang memang diketahui umum menyokong LGBT, Caprice meminta orang ramai melihat semula pihak yang meluluskan konsert-konsert penyanyi antarabangsa sebelum ini.

“Kalau anda kata kerajaan sekarang dan dulu tak berguna, habis itu anda mahu siapa sebagai pemerintah Malaysia? Mahu Ayah Pin (pengasas ajaran sesat, kerajaan langit)?

“Kalau nak selamatkan umat Islam, konsert memang langsung tiada, lawan dadah, gengsterisme, buli, judi dan rasuah.

“Jika kita mahu selamatkan umat Islam, lawanlah taikun dan masukkan dahulu individu terlibat rasuah. Berani ke nak kantoikan mereka?” jelasnya.

Sejak beberapa hari lalu, penganjuran konsert Coldplay di Malaysia pada November depan menjadi perdebatan ramai pihak termasuk golongan pendakwah bebas.

Bagi mereka, Coldplay membawa pengaruh negatif terhadap masyarakat negara ini kerana kumpulan itu dikatakan menyokong budaya LGBT. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-5-2023 06:47 PM
semua benda ko nak mencapub... dah takde job sangat ke tu...

lepastu tak habis2 dengan slang ko tu tak padan dengan hidung jambu batu RNR alor pongsu... dah la muka macam mintak free consultation at yun nam hair care....

tapi iols tetap lah tak sokong lebai pas serambi sampoh tu... bersihkan negeri sendiri pun gagal ada hati nak sibuk pasal konsert dekat negeri lain...

Quote Sazreena 15-5-2023 09:27 PM
Rengsek tul ngan dak botak ni..nak cakap utara tapi biyem pun pelat..hanat.
Quote dua_chzy 15-5-2023 09:42 PM
Dok warna2 ghambut tu budaya kita ka Kepris?

#poyomuchiniolang
Quote ciksom 15-5-2023 10:34 PM
Mesti kepris dah beli tiket ni
Quote helicornia 15-5-2023 11:46 PM
Ada sapa tanya pendapat dia ke
Quote sleepandream 16-5-2023 02:49 AM
habestu nek ani buat konsert tradisional kome taknak support....
terkial2 nenek tu postpon... dahla plan bertahun2.... coldplay pun planning tak lama nenek tu tau!

btw masa konsert blackpink haritu surprisingly tak kecoh sgt walaupon dress code utk persembahan dorg langgar teruk yachhh...
Quote rosedemon 16-5-2023 08:47 AM
diamlaaaa lelaki dayussssssss
Quote duri_durians 16-5-2023 08:58 AM
lepas pergi konsert billie eilish aku dah trauma..
tak masuk dalam jiwa aku. spnjg konsert aku duk keras je kat tempat duduk.

tapi betul la caprice cakap. datang rumah orang hormat la. jgn nk sebar ideologi lgbt tu.
Quote LadyCarefree 16-5-2023 09:06 AM
Kepris dah tunai ke janji2 yg digebang? Antaranya adalah belanja 4 orang shopping di Mydin, beri kereta Naza kepada sorang follower, belanja frontliner minyak, ada lagi kot yg iols lupa.

Dia ni apa sumber pendapatan dia? Masih berniaga perfume kah?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.042494 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top