Rozita Che Wan mempersoalkan siapakah pereka fesyen milik busana yang diperagakan oleh penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam kemuncak Konsert Satu Suara Volume 3, Sabtu lalu.
Che Ta yang hadir ke konsert tersebut seakan terganggu melihat ‘wire’ monitor mikrofon di belakang busana Siti Nurhaliza yang dikatakan agak serabut. Pendapatnya itu diluahkan menerusi sebuah hantaran di instagram Stories (IGs) memaparkan Siti atau lebih mesra disapa TokTi memakai busana berwarna merah jambu. “Designer yang buat baju tolong la buat sarung untuk mic ni. Dok geram tengok nampak tak kemas,” tulisnya. Menerusi muat naik kedua, Che Ta memuji designer busana penyanyi terkenal, Ernie Zakri yang mereka pakaian sesuai untuk selebriti itu. “Love macam ni.. Mic monitor tak nampak,” katanya. Di media sosial Twitter rata-rata mereka bersetuju dengan komen aktres drama Cinta Buat Dara ini. “Akhirnya! Boleh dah Che Ta jadi wardrobe advisor untuk TokTi,” kata netizen. |
dudaberhias replied at 15-5-2023 04:28 PM
tak boleh sorok la benda tu... retis2 kpop ke hollywood pun takde gigih suruh fashion designer sorok ...
ADVERTISEMENT