Shazabae, 28, berkongsi pengalaman menjadi pensyarah selama setahun semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya tidak mudah untuk mengajar pelajar-pelajarnya terutama menggunakan pembelajaran atas talian.
“Saya mengajar time PKP so at that time cabarannya adalah untuk mengajar my students through online. Saya kesian dekat student saya sebab mereka tak dapat merasa jadi student biasa. “Cabaran saya adalah untuk make sure learning environment tu masih relevant and masih seronok untuk mereka belajar,” ujarnya.
Shaza kata senang untuk mengajar pelajar yang tidak jauh usia daripadanya, sebab dia lebih memahami kehendak mereka. “Tak susah sebab saya rasa saya lebih faham mereka. Saya akan gunakan approach yang dimana saya letakkan diri saya dalam diri student tu. “Garang tetap garang tapi saya nak student saya fikir luar daripada kotak dan bukan semata-mata book smart je.
“Sebab zaman sekarang ni, semua orang pandai. Tapi nak cari orang yang pandai book smart and street smart ni agak susah. Orang yang ada common sense, orang yang bukan sahaja guna IQ tapi EQ juga,” jelasnya. Sementara itu, dia sering membuat ulangkaji dan mencari rujukan untuk pembelajaran seminggu sebelum kelasnya bermula.
“It’s always a week before my class. Bila you mengajar, you jadi student balik sebab you kena belajar apa yang you kena ajar tu,”katanya kepada XTRA. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|