Kedatangan Hari Ibu setiap Mei saban tahun memang dinanti-nantikan orang ramai untuk diraikan sempena memperingati pengorbanan wanita bergelar ibu. Emma Maembong tidak terkecuali mengambil kesempatan itu untuk menitip ucapan kepada ibunya, Yatimah Zarib.
Namun, akaun Instagram anaknya, Shariq Gabriel mengucap Selamat Hari Ibu mencuri tumpuan warganet. Walaupun ramai memuji kecantikannya, ada juga yang mempertikaikan penampilan Emma dalam gambar yang dikongsikan bersama ucapan itu. Melihat tidak sebarang tindakan diambil oleh pihak pelakon itu, boleh disimpulkan bahawa Emma tidak mempedulikan komen negatif ditujukan kepadanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT