CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Air Liur Anak Meleleh-Leleh, Yonnyboii Tunaikan Semua Yang Isteri Mengidam

15-5-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 745| Komen: 7

Tak nak air liur anak meleleh, Yonnyboii, 24, akan berusaha melayan dan mendapatkan apa saja makanan diidamkan isterinya, Nik Nazira Narriman yang kini hamil lapan bulan.

Yonny atau nama sebenarnya,  Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ditemui berkata isterinya sudah mengidam pelbagai jenis makanan. Katanya, ada makanan yang sudah pun dapat dimakan dan ada juga masih dicari-cari lagi.


Foto: IG

"Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.

"Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami  meleleh-leleh pula nanti.



"Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu," katanya.

Mengulas jantina anaknya, Yonny berkata dia dan Nazira sudah mengetahuinya, namun biarlah dirahsiakan dulu sebagai kejutan kepada kawan-kawan. Katanya, dah lahir nanti barulah semua akan tahu.

Ditanya perancangan lagu istimewa untuk anaknya, Yonny tidak berahsia dan memberitahu dia dalam proses menyiapkan lagu itu sebelum bayi sulung mereka  dilahirkan pada pertengahan Julai depan.



Yonny berkata, lagu itu juga bakal dimuatkan dalam album pertamanya yang masih dalam pembikinan dan dijangka akan dilancar pada tahun ini

"Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.



"Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan," katanya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira selamat bernikah pada 20 November 2021 selepas sebulan mereka mengikat tali pertunangan. Pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis di Duchess Place, Ampang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Managerara 15-5-2023 03:46 PM
Alahhh sinanya statement nampak macam tak berpendidikan pulak bapaknya..
Quote dudaberhias 15-5-2023 03:57 PM
apoooo yang ko cuba bagitau ni nyah???
ok takpelah pergi lah sedaya upaya jaga isteri tengah mengandung tu...
tunaikan je lah apa yang isteri mengidam...

cumanya kaka lebih rela la pulak dapat anak separuh rusa separuh manusia macam dalam sweet tooth tu dari anak separuh siamang macam hengko... gittew nak cerca!

harap2 anak ikut muka bini sepenuhnya...

Quote CARI-MRO 15-5-2023 04:06 PM
Tak nak air liur anak meleleh, Yonnyboii, 24, akan berusaha melayan dan mendapatkan apa saja makanan diidamkan isterinya, Nik Nazira Narriman yang kini hamil lapan bulan.


Yonny atau nama sebenarnya,  Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ditemui berkata isterinya sudah mengidam pelbagai jenis makanan. Katanya, ada makanan yang sudah pun dapat dimakan dan ada juga masih dicari-cari lagi.


Foto: IG




"Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.


"Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami  meleleh-leleh pula nanti.




[ig]https://www.instagram.com/p/CrU5LDruUB2/?hl=en[/ig]



"Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu," katanya.


Mengulas jantina anaknya, Yonny berkata dia dan Nazira sudah mengetahuinya, namun biarlah dirahsiakan dulu sebagai kejutan kepada kawan-kawan. Katanya, dah lahir nanti barulah semua akan tahu.


Ditanya perancangan lagu istimewa untuk anaknya, Yonny tidak berahsia dan memberitahu dia dalam proses menyiapkan lagu itu sebelum bayi sulung mereka  dilahirkan pada pertengahan Julai depan.




[ig]https://www.instagram.com/p/CrXx2mWPe_N/?hl=en[/ig]



Yonny berkata, lagu itu juga bakal dimuatkan dalam album pertamanya yang masih dalam pembikinan dan dijangka akan dilancar pada tahun ini


"Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.


[ig]https://www.instagram.com/p/CqKOgn3PWcz/?hl=en[/ig]



[ig]https://www.instagram.com/p/Cp76no1PGD6/?hl=en[/ig]



"Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan," katanya.


Terdahulu, Yonny dan Nazira selamat bernikah pada 20 November 2021 selepas sebulan mereka mengikat tali pertunangan. Pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis di Duchess Place, Ampang. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Raline 15-5-2023 09:44 PM
Yonnyboii layan isteri mengidam, tak sanggup air liur anak meleleh
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5175606&extra=
Post time 15-5-2023 03:39 PM

dah ada

Quote heythere123 15-5-2023 10:05 PM
bila tengok gambar raya tu, nampak sepadan la keduanya.
Quote imanjannah 15-5-2023 10:58 PM
aku Suka lagu2 ciptaan dak yonni ni
Quote renko 15-5-2023 11:16 PM
Sesuai la tu bingai dengan rupa
Seiring

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.036035 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top