Konsert solo berskala besar yang sepatutnya diadakan tahun ini, ditunda Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas memikirkan keadaan peminat yang mungkin sudah berbelanja banyak membeli tiket Konsert Satu Suara Vol.3 yang diadakan pada Sabtu.
“Sebenarnya perancangan yang seterusnya ialah saya nak buat konsert solo dalam masa terdekat. “Tapi saya tahu, saya tidak boleh paksa peminat untuk beli lagi tiket konsert saya. Saya kasihankan mereka dan saya kena adil kepada peminat. Insya-Allah, konsert solo itu nanti saya adakan tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Konsert Satu Suara Vol.3 baru-baru ini. Mengulas lanjut, penanyi nombor satu negara berusia 44 tahun itu berharap penundaan konsert berkenaan dapat memberikan waktu yang cukup kepada Siti dan pasukannya untuk tampil dengan idea lebih bernas. “Penundaan ini juga membuatkan saya ada masa untuk buat persiapan serta menghasilkan idea yang lebih bombastik untuk konsert itu nanti.
“Lagi pula saya sedang merakamkan album terbaru. Apa kata saya tunggu album ini keluar, dapatlah saya menyanyikan lagu baru semasa konsert itu nanti tahun hadapan,” tambahnya.
|
Dolmat replied at 15-5-2023 03:53 PM
Dah sebab kesiennnn bagi laluan lah pulak...
Dulu kalaaaaaa selagi boleh sauppppp hang saup bersih ...
myakayina replied at 15-5-2023 04:27 PM
knp sore tokti mcm besar dah..dah takde kelunakannya lagi..mcm bunyi org selsema resdung menyanyi je ...
ADVERTISEMENT