CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Panggil Saiful Apek Legend, Tak Kena Sebab Belum Meninggal Dunia

15-5-2023 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 459| Komen: 1

Ramai artis dan selebriti yang berangan dirinya sudah hebat dan terpaling diva meskipun masih baharu namun Saiful Apek pula lebih selesa untuk bersikap merendah diri. 

Saiful yang satu ketika begitu popular dengan kumpulan Senario, dengan lawak jenakanya, tiada siapa dapat menafikan zaman kegemilangan seorang artis hebat sepertinya. 


Bagi Saiful, dia tak mahu dipanggil legenda kerana dia masih belum meninggal dunia. 


Foto: IG

Saiful berpandangan yang gelaran legenda yang diberikan kepadanya seakan tidak kena. Baginya, dia masih belum meninggal dunia, perkataan legenda itu bagaikan seseorang yang sudah tiada atau mati. 

Dia tidak mahu dirinya dipuja sebegitu rupa. Cukup hanya jika dia dihargai dan dihormati sebagai seorang individu dan selebriti.

Tetapi bercakap pasal dihargai dalam industri,  mungkin ada kekecewaan yang ditelan oleh Saiful dengan industri seni ini. Kalau betul dirinya dihargai, di mana kedudukannya sekarang? Karyanya masih diangkatkah? Atau kerjayanya sekadar ada tetapi tidak dipandang lagi?


Banyak persoalannya dan cerita boleh jadi panjang kalau hendak dikupas. Peminat pun kenalah tunjukkan sokongan yang betul. Jangan cuma cakap minat dan suka tapi tak tengok pun karyanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-5-2023 08:36 AM
ok iols tunggu meninggal okay

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055400 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top