CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Dah Tak Nak Kongsi Tentang Kekasih, Takut Nak Kahwin Tengok Ramai Artis Cerai

15-5-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 586| Komen: 3

Ruhainies belum bersedia untuk berkahwin kerana berasa bimbang dengan kemelut rumah tangga yang berlaku pada segelintir pasangan selebriti ketika ini.

Ruhainies berkata, dia mahu memberi fokus pada karier, ibu bapa dan keluarganya dulu sebelum mengambil keputusan berumah tangga.


Foto: IG

"Saya jadi risau dan takut untuk diri sendiri dalam menjalin perhubungan. Apa yang pasti, buat masa sekarang saya belum terfikir dan bersedia lagi nak berkahwin. Bagi saya, bila sampai jodoh takkan ke mana.

"Buat masa ini, jadual kerja saya pun padat. Alhamdulillah, rezeki tak putus dalam lakonan dan sebagai duta produk. Jadi, rasanya wajar untuk saya utamakan karier dahulu sebelum berkahwin," katanya kepada Harian Metro.



Baru lapan tahun aktif berlakon, Ruhainies yang sebelum ini bersikap terbuka berkongsi kisah cinta dan peribadinya, membuat keputusan tidak mahu berkongsi lagi sehingga jodohnya betul-betul sampai.

"Ya, betul sekarang saya dah tak nak lagi 'share' (kongsi) tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau dah ada jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.



"Sebabnya, bila kita dah mula berkongsi cerita berkaitan peribadi seperti kekasih, orang akan mula ternanti-nanti cerita seterusnya. Benda itu penatlah, bila asyik ditanya tentang perkahwinan dan karier pula seakan tenggelam," katanya.

Ruhainies berkata, dia akan berkongsi perancangan perkahwinan apabila sudah bersedia mahu melangkah ke fasa perkahwinan dan bergelar isteri orang. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 15-5-2023 01:42 PM
Muak la hai dengar citew cinta kepam kau..
Management kau ke bayar wartawan konon2 interview kisah sendu kau..
Quote dudaberhias 15-5-2023 03:06 PM
gosip pasal kau ni memang tak habis2 pasal jantan je... cikpet dah gatal sangat kah...

no wonder muka tua sebelum usia... orang kata cikki yang selalu duk berair ni memang cepat nampak tua...

apa ke bangang nivea ambik ko.. lepastu ko boleh plak lontarkan dialog *supaya wajah nampak anjal*... masalahnya sudah terang lagi bersuluh muka ko pun tua sebelum usia... memang acik2 kat rumah semua pakat2 tak nak beli nivea la bila tengok commercial tapi pemakainyaaa pun muka tua... baik beli produk timbang kilo gittew kata mereka dalam hati dan mati sakit buah pinggang... atleast mati dalam keadaan cantik dan tak muka tua...

Quote rosedemon 16-5-2023 08:35 AM
alahai ko ni g berambos laaaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.097091 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top