Dengan tahap kesihatan dan semangat yang semakin pulih, Hafidz Roshdi ingin kembali berlakon selepas melihat kepercayaan pihak tertentu untuk beliau kembali aktif dalam industri itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz mengucapkan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buatnya dalam industri. Dalam pada itu, Hafidz memberitahu dirinya kini sudah bersedia untuk mencari rezeki dan berharap keberadaannya masih diterima ramai. "Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima saya, dengan rendah diri saya dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz. "Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan saya terus menerima rezeki yang halal," ujarnya.
Hafidz juga meminta doa ramai dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini. Harapnya, isu peribadinya diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja. Hafidz sebelum ini terpalit kontroversi rumah tangga bersama Nurul Shuhada Shukri, yang dikahwininya pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Sumber: AWANI
|
Manusiabesa replied at 15-5-2023 09:00 AM
Klw gila betul xda nya reti nk ada skandel dan pukul bini. Mmg waras je dia ni cuma prngai xsemengga ...
ADVERTISEMENT