CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tersingkir Minggu Kedua Big Stage- Isaac Voo Minta Jangan Salahkan Juri, Persembahan Hambar Sebab Tak Sihat

15-5-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1235| Komen: 16

Isaac Voo gagal melakukan persembahan terbaik sehingga tersingkir di minggu kedua program Big Stage 5 pada malam Ahad berpunca daripada faktor kesihatan.

Katanya dia sudah berusaha sehabis baik, namun rezeki itu tidak memihaknya.

"Sebenarnya masa latihan dua hari lepas saya memang tiada suara, jadi hari ini saya tak dapat lakukan terbaik.

"Sayang sebab minggu depan saya nak tunjuk sesuatu yang lain tapi tak kesampaian. Tapi hari ini walaupun saya tak sihat tapi saya janji dengan diri sendiri untuk buat persembahan terbaik," katanya.

Foto: mStar

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu memberitahu dia sedikit keliru mengenai konsep penyingkiran program berkenaan.

Dia bagaimanapun tidak menyalahkan pihak juri sekali gus percaya ada sebab keputusan itu dilakukan.

"Markah saya paling rendah, masa tahu Naufal tersingkir saya terkejut. Bila juri kata nak guna Imuntiti X, saya keliru dengan situasi itu.

"Bila cakap nak guna Imuntiti X barulah saya sedar saya yang tersingkir.

"Tapi saya percaya juri pilih saya atas sebab tersendiri, mereka pasti tak akan buat keputusan yang tak sepatutnya. Jadi saya terima dan akan buat lebih baik lain kali," ujarnya.
Dalam pada itu, Isaac berharap peminatnya tidak menyerang juri mahupun Naufal yang dikatakan menjadi punca dia tersingkir.

Malah dia juga tidak berkecil hati dengan sebarang komen sebaliknya menerima dengan terbuka.

"Saya minta maaf kepada peminat saya sebab mereka selalu undi saya tapi tak apa ini bukan pengakhiran. Saya akan buat lebih baik lagi.

"Saya harap peminat saya tak sedih sebab ini adalah adat ada turun dan naik, saya okay dan saya harap peminat pun okay.

"Walaupun saya tersingkir tapi jangan serang sesiapa, saya akan buktikan pada Abang Ajai yang saya boleh menyanyi.

"Saya tidak berkecil hati, dia di sana sebagai juri jadi saya terima segala komen dengan hati terbuka. Ini adalah sebab kenapa saya sertai Big Stage untuk dengar mana yang perlu saya baiki," jelasnya.

Selain Isaac, Naufal dan Afuahanie antara perserta yang mendapat markah terendah untuk minggu kedua ini.

Manakala Nadeera, Waode dan Putera Muhammad antara tiga yang tertinggi dengan markah 85.67 peratus, 84 peratus dan 68.67 peratus. -CARI

Sumber: mStar

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 15-5-2023 10:59 AM
kalau dah nyanyi tu hauk sehauk2nya sooooo bye2 la
tah apa2 fans dia ni duk justiceforisaac bagai.
Quote aleesyasofia 15-5-2023 11:30 AM
iolss tak tahu kewujudan big stage musim baru ni.. nampak sangat hambar dan tak rasa nak tengok pun..
Quote EncikRhoma 15-5-2023 11:40 AM
Isaac who?
Quote sleepandream 15-5-2023 11:41 AM
aleesyasofia replied at 15-5-2023 11:30 AM
iolss tak tahu kewujudan big stage musim baru ni.. nampak sangat hambar dan tak rasa nak tengok pun. ...

sbb takde tokti khennn... tibahhh
Quote aleesyasofia 15-5-2023 11:50 AM
sleepandream replied at 15-5-2023 11:41 AM
sbb takde tokti khennn... tibahhh

sebab pesertanya chuolss.. tak ada yang menarik untuk ditengok.. hambar sangat..
Quote dudaberhias 15-5-2023 11:53 AM
I.K.A888990 replied at 15-5-2023 10:59 AM
kalau dah nyanyi tu hauk sehauk2nya sooooo bye2 la
tah apa2 fans dia ni duk justiceforisaac bagai.

sebab herlok kan kaka... gitu lah...iols pun bersama fans heols yach sebab asalkan herlok.... meskipun menyanyi macam binatang...

sebab iols tahu yang jadi juara nanti kalau tak herlok... mesti sendu jua walaupun nyanyi mengalahkan adele...

Quote izzah_mia 15-5-2023 12:12 PM
memang hauk sangat nyanyiannya
kalau tak sihat pun rasanya memang akan hauk jugak
Quote hyie 15-5-2023 12:40 PM
iols tengok sampai si singapore tu je nyeh, rasa ngantuk sangat
Quote ChiciLala 15-5-2023 03:01 PM
dudaberhias replied at 15-5-2023 11:53 AM
sebab herlok kan kaka... gitu lah...iols pun bersama fans heols yach sebab asalkan herlok.... mesk ...

Sbb dia mmg well known pun dlm kalangan kpop fans negara kita sbb dia satu2 org msia yg jd mmbe kpop group kt korea tu. Tp bkn level bts. Struggle jugak groupnya itu sbb dr agency kecik. Jd betullah dia ckp dia masuk big stage utk bg org kenal dia & group dia. Ajai pg hentak dia pulak bila dia ckp mcm tu pdhal dia nak tlg up kan nama group dia
Quote dudaberhias 15-5-2023 03:45 PM
ChiciLala replied at 15-5-2023 03:01 PM
Sbb dia mmg well known pun dlm kalangan kpop fans negara kita sbb dia satu2 org msia yg jd mmbe kp ...

iols tak sempat tengok komen ajai... sebab tak tengok pun rancangan ni...

komen ajai ada membongak macam si hattan tu tak kaka?

kebetulan hidung sama2 hidung jambu batu RNR senawang...

orang2 hidung begitu memang selalunya kekwat, perasan terpaling berseni terpaling hebat... sombong etc...
cakap pun jenis bongkak jah padahal sendiri pun takde karya yang hebat...

Quote Selubung 15-5-2023 04:03 PM
Tapi suara dia mmg x sedap
Sis heran dia ni ada  fan acah2 dia ni artis kpop famous tp x famous mana pun. Rasanya dia ni ckp melayu pun so so sajer
Quote supernaturalee 15-5-2023 04:03 PM
tu diaaa mekap

klu terbatuk ni mau berdebu jatuh

Quote azimodin 15-5-2023 04:39 PM
Selubung replied at 15-5-2023 04:03 PM
Tapi suara dia mmg x sedap
Sis heran dia ni ada  fan acah2 dia ni artis kpop famous tp x fa ...

Tak famous langsung chuols. Sendu sejuk beku level iceberg seluas padang bola. Satu pon lagu group heouls masuk top 10 carta utama.
Quote azimodin 15-5-2023 04:41 PM
Kalau retis kpop ada grade macam sekolah, group dia geng2 kelas belakang. Suara heshe memang x sedap yach... sebab tu x lepas masuk agency besar2.

Iouls harap next season asteruk jemput You Zhangjing masuk. Heouls budak johor (kalau x silap muar), suara sedap & promote kat china sana.
Quote DianaSaksen 15-5-2023 05:45 PM
sleepandream replied at 15-5-2023 03:41 AM
sbb takde tokti khennn... tibahhh

Tokti patut taja big stage bawa sekali simplysiti Dari produk Wawa very the timbang kilo tu
Quote rosedemon 16-5-2023 08:32 AM
lantak ko la kenal pon x

Lihat semua komen(16)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052157 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top