CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nizam Laksamana Tulis Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Harap Dijemput Buat Show

15-5-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 608| Komen: 7

Nizam Laksamana berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperhalusi pemilihan penyanyi yang dijemput mengadakan persembahan sempena rumah terbuka Malaysia Madani yang diadakan di beberapa negeri.


Nizam yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berharap penyanyi-penyanyi seangkatan dirinya dari era 90an turut dipilih bagi menjayakan acara lain termasuk program bersama rakyat.

Foto: Utusan

“Ramai rakan-rakan artis legenda 90an mempunyai lagu malar segar. Sayangnya amat kurang mendapat tempat atau perhatian untuk dijemput sebagai penghibur rakyat.

“Saya sangat yakin lagu-lagu kami juga menghiburkan malah, lagu-lagu kami berkonsep ‘sing along’ yang pastinya akan turut dinyanyikan secara beramai-ramai. Itu saya pasti kerana semua lagu kami adalah kategori lagu Hits di masa itu,” tulisnya dalam Facebook.

Dengan pemilihan tersebut, Nizam berkata, artis-artis 90an dapat merasai limpahan rezeki yang sesekali datang seperti majlis sambutan raya atau semasa kempen Pilihan Raya Negeri.


“Kami adalah penghibur rakyat yang perlu diberi perhatian. Saya menulis dengan niat mencari ruang serta memberitahu kami masih ada daya crowd puller melalui lagu-lagu kami.

“Bayaran bagi seorang artis sudah pasti besar semestinya. Apalah salah rezeki itu juga dikongsi kepada kami juga. Inilah harapan saya penyanyi rakyat biasa,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 15-5-2023 10:45 AM
The pick of the lot....

[youtube]n8Sw1_Gy6Vg[/youtube]
Quote orkidorkido 15-5-2023 01:03 PM
Yang memilih nya pegawai-pegawai bbnu, dia pilih retis zaman dia lah. Apa pun, harap sampailah surat ini ke pengetahuan PM
Quote 3chanceno 15-5-2023 02:54 PM
Teruk jugak jadi PM nie..dari pelakon, penyanyi, pelawak, bisnesman, politikus, budak sekolah, penjual makanan etc semua nak perhatian dari dia melalui surat terbuka  
Quote miltonwhite 15-5-2023 03:28 PM
Cyber Security Dubai is the premier provider of end-to-end cybersecurity solutions for businesses in the Middle East. Our mission is to ensure the security and safety of our client’s information, networks, and systems by offering comprehensive, cutting-edge Cybersecurity services.
Quote supernaturalee 15-5-2023 05:21 PM
ni sole income dia ke




Quote rosedemon 16-5-2023 08:31 AM
tu la reti mnynyi je cari la skill lain
Quote HoneyManjer 16-5-2023 09:30 AM
adehh,,,pai nak kena anto sughat ke pm

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.089755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top