CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cerai Sebab Terlalu Sibuk Kerja- Alicia Amin Nak Gembirakan Diri Sendiri, Malas Terburu-Buru Cari Pengganti

15-5-2023 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1412| Komen: 14

Lepas bercerai, Alicia Amin tak nak terburu-buru untuk kembali mencari pasangan hidup atau berkahwin semula.

Buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan terhadap karier dan tidak terfikir untuk mencari pengganti.


Ini kerana dia belajar daripada pengalaman lepas berpisah dengan Dr Farzan Iqbal kerana terlalu memberikan fokus untuk diri sendiri terutama kerjaya.

Foto: IG

“Antara masalah dalam hubungan kami sebelum ini adalah kerana saya mahu fokus kepada diri sendiri. Memang rasa bersalah ketika itu disebabkan sudah ada pasangan namun masih sibuk bekerja.

“Sekarang ini biarlah saya kejar untuk diri sendiri dahulu. Kalau saya dah dapat apa yang dimahukan dari sudut kerjaya dan kewangan, baru fikir mencari pasangan. Saya mahu gembirakan diri sendiri dahulu,” katanya kepada mStar.



Bercerita mengenai hubungannya dengqn bekas suami, kata pelakon filem The Disapperaance of Irdina Adhwa ini, mereka masih lagi berbaik sebagai sahabat meskipun sudah berpisah sejak Mac lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dia juga enggan menetapkan sebarang sasaran untuk membuka hati kembali menerima cinta kerana percaya manusia akan sentiasa berubah.



“Dalam perkahwinan sebelum ini saya fikirkan itulah sasaran saya, namun hubungan tak panjang. Jadi untuk masa depan saya tidak letak target umur untuk berkahwin.

“Kita semakin dewasa dan manusia boleh berubah. Biarlah ia terjadi secara semula jadi.

“Saya dan bekas suami masih berhubung jika perlu. Kami bagaikan sahabat. Kami berpisah secara baik dan tiada drama,” ujarnya.


Bagi edisi ABPBH35, Alicia tercalin sebagai Top 20 dalam dua kategori iaitu Aktres Filem Wanita Popular dan Pasangan Filem Popular.

Bersyukur atas pencalonan tersebut, dia bagaimanapun tidak pernah merasakan dirinya cukup popular dan layak untuk bertanding bagi anugerah yang melibatkan pemilihan peminat begini.


“Saya memang tak rasa diri ini popular. Tetapi dengan pencalonan ini seperti dihargai dan orang mahu melihat lakonan saya.

“Berhubung dengan peminat pun saya jarang, jadi untuk berkempen saya tidak pasti lagi. Mungkin sukar untuk saya bersaing dengan pelakon lain yang selalu berkomunikasi bersama peminat,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 15-5-2023 09:49 AM
Yepp betul tuu.. kalo aku cantik mcm dia punn aku kawin lambertttt.. aku nak cari duit byk byk.. dah cukup baru kawinn.. aku nak enjoy duduk dunia
Quote dudaberhias 15-5-2023 09:58 AM
Fokus diri sendiri macam mana tu.
Ke takleh tukar2 kontol dan chepit tu yang serba salah.

Quote kaedahnya 15-5-2023 10:14 AM
orang lain kalau pakai seluar polkadot macam tu mesti nampak pelik. tapi sebab dia yang pakai nampak rilek jah.
Quote Sazreena 15-5-2023 07:02 PM
Bebas dan terbabas..
Quote Selubung 15-5-2023 07:37 PM
Lawa gak dia ni ehh hahah
Quote Selubung 15-5-2023 07:37 PM
Liberal2 sambut hari raya
Quote becir 15-5-2023 08:25 PM
Comel husky sheols
Quote Zezo 15-5-2023 08:49 PM
Taktau la apa yg menarik ada tattoo. Huduh je tengok.
Quote sharlenetexas 15-5-2023 09:09 PM
Bila dah cerai, sape pulak yg teman mabuk2 kat club?


Quote sharlenetexas 15-5-2023 09:10 PM
Zezo replied at 15-5-2023 08:49 PM
Taktau la apa yg menarik ada tattoo. Huduh je tengok.

Mcm kawan iols tgk2 bertambah tattoo dia.


Quote Olumis 15-5-2023 10:04 PM
Cantik la pinggang alicia. Lekuk2 gitu.
Quote TerataiMelur02 15-5-2023 11:00 PM
Olumis replied at 15-5-2023 10:04 PM
Cantik la pinggang alicia. Lekuk2 gitu.

Kan..ada workout ke d buat atau semulajadi agaknya?
Quote rosedemon 16-5-2023 08:29 AM
ko tu xlyak kawen keja nk enjoy he
Quote Olumis 16-5-2023 11:26 PM
TerataiMelur02 replied at 15-5-2023 11:00 PM
Kan..ada workout ke d buat atau semulajadi agaknya?

Rasa macam semulajadi kot. Klu workout, rasanya dah berbonjol dah abs sheols.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049262 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top