CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanpa Ahmad Zahid, Umno Sejarah Negara Tentu Berubah - Anwar

14-5-2023 07:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1071| Komen: 17

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji komitmen yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen parti itu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.


Perdana Menteri berkata, tanpa dukungan daripada mereka dalam membentuk kerajaan, sejarah negara ini sudah tentunya berubah.

"Saudara (Ahmad) Zahid antara yang paling kuat diserang termasuk saya. Kalaulah tidak kerana komitmen saudara Zahid selaku Presiden Umno dan dukungan ahli-ahli parlimen Umno, sejarah kita tentu berubah.

Anwar berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023. FOTO BERNAMA

"Jadi, kita harus iktiraf peranan beliau dan Umno juga. Dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak (Tan Sri) Abang Johari Abang Openg dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang menjadi faktor penentunya," katanya semasa berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.


Ini kali pertama Anwar berucap di Dewan Merdeka selepas kali terakhir melakukannya atas pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 1997.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada hari ini memberikan petunjuk yang jelas kepada rakyat dan dunia bahawa negara ini bukan sahaja stabil tetapi akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

"Ada yang kata mungkin (kerajaan ini bertahan) tiga bulan, sebelum puasa, sebelum raya cina, sebelum raya (Aidilfitri), sebelum raya haji tetapi alhamdulillah dengan konvensyen hari ini memberikan petunjuk yang jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia, kerajaan ini bukan sahaja stabil tetapi Insya-Allah kekal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

"Kekal untuk apa? Untuk pastikan pertama, tatakelolanya mesti baik, hentikan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Kedua pastikan dasar yang boleh memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat negara kita," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 14-5-2023 08:08 PM
Akhirnya Wak Zahid mendapat credit yg sepatutnya
Quote ResellerMaxis 14-5-2023 08:09 PM
Zahid puji anwar. Anwar puji zahid. Pemimpin pkr share pujian zahid terhadap anwar dan pemimpin BN share pujian anwar terhadap zahid.
Quote B40tastePosh 14-5-2023 08:12 PM
UMNO dah lama karam...MCA dan MIC levih awal karam...hidup segan mati tak mahu.

Nampaknya Melayu akan terus dikencing oleh PN.
Quote Skuau 14-5-2023 08:20 PM
ResellerMaxis replied at 14-5-2023 08:09 PM
Zahid puji anwar. Anwar puji zahid. Pemimpin pkr share pujian zahid terhadap anwar dan pemimpin BN s ...

inilah.....namanya kepimpinan melalui teladan/tauladan....
Quote Firenzza 14-5-2023 11:00 PM
Bagi mengelakan sejarah berubah adakah............?
Quote eizarz 15-5-2023 12:31 AM
tatakelola nya ke hulu dan ke hilir…takde phrase yg lain ke hanat
Quote kemaruk 15-5-2023 02:08 AM
Zahid : tahniah jadi pm

Anwar : you is the because
Quote che_yatt 15-5-2023 03:05 AM
jijiknya 2-2 ni.. phuiii
Quote sekngucing 15-5-2023 06:12 AM
harap kerajaan baru dpt gantikan diorang ni secepat mungkin..
Quote B40tastePosh 15-5-2023 09:56 AM
sekngucing replied at 15-5-2023 06:12 AM
harap kerajaan baru dpt gantikan diorang ni secepat mungkin..

PN lagi tak guna...tutup parlimen terus.
Quote SWORKS27 15-5-2023 10:06 AM
hahahaha..guru dan anak murid...yg kena tipu.mahacai yg nak tolak amno..sekali, kau punya kepala jilat amno jugak..
yg amno, beria tolak DAP..sekali kulup tu jugak kau jilat..
jijiknya politik
Quote EL75 15-5-2023 10:43 AM
win2 situation.. i cover u.. u cover l laaa...
Quote Orix 15-5-2023 10:54 AM
Sejenak daku pun terpana
Melihat dia di depanku
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam
Di sini, di dalam dadaku
Ada getar lugu tak kusebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam
Kuakui, tubuhku melunglai
Sempat ku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku 'kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Di sini, di dalam dadaku
Ada getar lugu tak kusebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku, oh tajam
Kuakui, tubuhku melunglai
Sempat ku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku 'kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Di sini, di dalam dadaku
Ada getar lugu tak kusebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam
Kuakui, tubuhku melunglai
Sempat ku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku 'kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Tuhan, katakanlah
Diri ini pun puji
Biar berteman saja
Biarlah
Kuakui, tubuhku melunglai
Sempat ku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku 'kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Kuakui tubuhku melunglai
Sempat ku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku 'kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Quote tripleid 15-5-2023 01:03 PM
lepas PRU15 hritu ada 2 je pilihan.. samada PH+BN atau PN+BN...pusing lah ikut mana pun wak jahid tetap jadi TPM jgk..


kalau Abahcow jadi PM skrg dia pun akn puji2 wak jgk..ye lah dah sama2 dlm kjaan kan..takkan nak cerca satu sama lain pulekk




Quote otai_g 15-5-2023 01:16 PM
Kes mahkamah apa cer? Lama senyap. Hehe
Quote pengecatbintang 15-5-2023 01:27 PM
eizarz replied at 15-5-2023 12:31 AM
tatakelola nya ke hulu dan ke hilir…takde phrase yg lain ke hanat

kalo perkataan tu tak bole pakai..

ko cadangkan apa perkataan yg sesuai..

mari kita bincangkan cadangan ko tu
Quote shernazz 15-5-2023 01:42 PM

TU je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066902 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top