CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baja Jatuh Dari Lori Punca 5 Kenderaan Remuk

14-5-2023 04:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 641| Komen: 3

Rembau: Lima kenderaan remuk selepas merempuh guni baja yang berterabur di atas lebuh raya susulan kemalangan awal membabitkan lori membawa muatan berkenaan.

Insiden jam 5 pagi semalam berpunca apabila pemandu sebuah lori membawa baja hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu melanggar besi penghadang lebuh raya di Kilometer 228.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala utara, di sini.


Salah satu kenderaan terbabit dalam kemalangan dekat Kilometer 228.4, Lebuhraya Utara-Selatan hala selatan, di sini, awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata lori terbalik di tengah lebuh raya menyebabkan lima kenderaan lain merempuh muatan dibawa.

"Siasatan awal mendapati lori itu dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang. Lori itu terbabas dan terbalik melintang di laluan bertentangan," katanya.


Akibatnya, beliau berkata, lima kenderaan terlanggar guni baja yang jatuh di atas lebuh raya.

"Pemandu lori mengalami luka ringan, namun mangsa lain tidak mengalami kecederaan. Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 14-5-2023 11:02 PM
Remuk cmtuu takda yang mati ya..panjang umur
Quote blue_blur 15-5-2023 09:25 AM
itu macam rupa. semoga cukup insurans untuk settle loan, beli yang baru... tak sedap dah repair baik mana pun...
Quote B40tastePosh 15-5-2023 10:13 AM
Baja memang berat gila

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041006 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top