CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Ajak 'Staycation', Syarat Sambung Kontrak Pekerja

14-5-2023 04:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2166| Komen: 47

Jakarta: Bos di sebuah syarikat di Cikarang, Jawa Barat akhirnya dipecat atas kesalahan mengugut pekerja wanita untuk cuti inap (staycation) bersamanya sebagai syarat kontrak kerja mereka disambung.


Kompas melaporkan, lelaki itu diberhentikan sementara sehingga siasatan lanjut dijalankan.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Tenaga Kerja dan Transmigrasi Jawa Barat, Rachmat Taufik Garsadi.

Gambar hiasan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan polis kerana membabitkan kesalahan jenayah.

"Siasatan dalaman turut dilakukan selain siasatan lanjut oleh pihak polis," katanya menerusi WhatsApp, pada Jumaat lalu.

Menurut Rachmat, pihaknya menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang terhadap individu yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja.

Katanya, ia selaras saranan kerajaan supaya tindakan diambil terhadap pelaku gangguan seksual mengikut undang-undang ditetapkan bagi mengekang perbuatan itu.


Sementara itu, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan terbabit.

"Saya sudah katakan sebelum ini bahawa pelaku seksual di pejabat boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah," katanya ketika ditemui media di Masjid Al Jabbar, Kota Bandung, Jawa Barat, Sabtu lalu.

Emil menghargai tindakan pantas polis menjalankan siasatan dan berharap pesalah boleh dihukum sebagai satu bentuk pencegahan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babysolaris 14-5-2023 04:49 PM
majikan sewel nih...
Quote plywood 14-5-2023 05:07 PM
bodoh betul.. banyak duit tapi nak ugut-ugut... paling bodoh memaksa lagi, sebaik sahaja garis undang-undang dilanggar sebelah kaki mu suda dipenjara
Quote dua_chzy 14-5-2023 05:13 PM
Edited by dua_chzy at 14-5-2023 09:15 AM

Mangsa sepatutnya:

1. Setuju nak staycation.
2. Plan untuk set the trap dengan kawan.
3. Kenakan bos tu. Rakam perbualan ka apa2 bukti yang boleh digunakan untuk mengugut.
4. Bila dah hada bukti, use your card. Peras ugot sampai trilion2 rupiah. Kalau tak jalan, ko report ja pulis dek.
5. Sebar bahan bukti di socmed. Biar hancur kampeni, hancur rumahtangga si majikan.
6. Dengan duit tu lari kau dari Cikarang. Pi hidop remotely atau pindah negara selama beberapa tahun supaya majikan or family takleh carik untuk balas dendam.
7. Balik Ndon. Hidup macam biasa.
8. The end.

Inspired by kderama.
Quote green~tea 14-5-2023 05:37 PM
Adoi baca cerita gini.. teringat exboss aku ajak vacation berdua ke rumah dia kat singapore & oversea... emmm emmm emmm

Pastu lama2 makin awkward sbb sheols pujuk i divorce.....

Boss Perempuan, tp company tu bukan mak pak sheols punya     
Quote insulin 14-5-2023 05:52 PM
green~tea replied at 14-5-2023 05:37 PM
Adoi baca cerita gini.. teringat exboss aku ajak vacation berdua ke rumah dia kat singapore & overse ...

Lesbian ke tu? Memang seram.
Quote green~tea 14-5-2023 05:58 PM
Edited by green~tea at 14-5-2023 05:59 PM
insulin replied at 14-5-2023 05:52 PM
Lesbian ke tu? Memang seram.


Ha ah.. lesbo version pengkid... dia clash dgn long term girlfriend sheols... so selalu jadikan i tempat sheols meluah perasaan curhat... lama2 i rimas sbb bekfes lunch dinner semua sheols nak conquer i takleh kuar makan ngn orang len... control freak....

I plak takkan keluar ngn lelaki sbb takut kena fitnah, kena serang dgn bini2 insecure so aku taknak cari pasal.. ehh alih2 bila kuar dgn pompuan gini llak jadi nya

Masa tu i hidup single for 7 yrs, walau married.. PJJ le katakan
Quote Decaffeinated 14-5-2023 09:17 PM
green~tea replied at 14-5-2023 05:58 PM
Ha ah.. lesbo version pengkid... dia clash dgn long term girlfriend sheols... so selalu jadikan i  ...

Kes jauhari jumpa manikam ka ni?

Quote Tinot7 14-5-2023 09:20 PM
green~tea replied at 14-5-2023 05:58 PM
Ha ah.. lesbo version pengkid... dia clash dgn long term girlfriend sheols... so selalu jadikan i  ...

Pelik2 pengalaman hang..
Quote midori888 14-5-2023 09:23 PM
green~tea replied at 14-5-2023 05:58 PM
Ha ah.. lesbo version pengkid... dia clash dgn long term girlfriend sheols... so selalu jadikan i  ...

Omggg ...dgn ppuan pun tak selamat yer....
Quote green~tea 14-5-2023 09:26 PM
Decaffeinated replied at 14-5-2023 09:17 PM
Kes jauhari jumpa manikam ka ni?

Eeeeeiiiii takmoooooo takmoo.. salah market segment..
Quote green~tea 14-5-2023 11:23 PM
Tinot7 replied at 14-5-2023 09:20 PM
Pelik2 pengalaman hang..


Berkawan biar seribu.. berkasih pada nan satu... kekdah nye.. uuhuhuhu
Quote green~tea 14-5-2023 11:24 PM
midori888 replied at 14-5-2023 09:23 PM
Omggg ...dgn ppuan pun tak selamat yer....

Geli tokak dennn.. hahahahahahaha

Tp lepas kena reject pengkid punye peel dasyat la meroyan.. hahaha
Quote Tinot7 15-5-2023 07:30 AM
green~tea replied at 14-5-2023 11:23 PM
Berkawan biar seribu.. berkasih pada nan satu... kekdah nye.. uuhuhuhu

Org lain mebbe ada pengalaman lebey kurang, tapi dok citerr jahh kott..
Quote midori888 15-5-2023 08:02 AM
green~tea replied at 14-5-2023 11:24 PM
Geli tokak dennn.. hahahahahahaha

Tp lepas kena reject pengkid punye peel dasyat la meroyan.. hah ...



dulu2 masa meols muda adalah sorang ppuan nie suka nak ikut mana meols pergi, meols jenis tak kisah, lantak lah nak ikut sbb bukan meols kena dukung dia. Skali tu meols dgr dari kawan2 lain yg dia bgtau kat org yg meols nie gf dia, eh sedap mulut jer...terus meols elakkan dari dia...
Quote pokokmeranti 15-5-2023 08:09 AM
dua_chzy replied at 14-5-2023 05:13 PM
Mangsa sepatutnya:

1. Setuju nak staycation.

kalau SPRM suka la trap begini klu berkaitan rasuah. kena lapor dulu dgn SPRM utk pasang trap super hebat.

btw, teringat pakcik sorang nie cite dgn aku, kawan dia pergi Indon, waktu malam bawa pelacur. tak sampai berapa minit ada org ketuk pintu. rupanya suami kepada pelacur tersebut. si suami itu ugut duit atau lapor pada polis. kakahkah...sedap x dapat duit pun melayang. mmg trap baik punya.
Quote green~tea 15-5-2023 09:37 AM
Tinot7 replied at 15-5-2023 07:30 AM
Org lain mebbe ada pengalaman lebey kurang, tapi dok citerr jahh kott..

Mebbe deme tak masok forum..
Quote green~tea 15-5-2023 09:39 AM
midori888 replied at 15-5-2023 08:02 AM
dulu2 masa meols muda adalah sorang ppuan nie suka nak ikut mana meols pergi, meols jenis tak ki ...

Perasan kot ehh... amende friendzone nak perasan lelebih...

Berbalik pade topic...

Dont eat and shit at the same place.... paling elak scandal tempat keje lah...
Quote dua_chzy 15-5-2023 09:49 AM
pokokmeranti replied at 15-5-2023 12:09 AM
kalau SPRM suka la trap begini klu berkaitan rasuah. kena lapor dulu dgn SPRM utk pasang trap supe ...

Fadan moka. Nak report polis pun malu iya kes gini.
Quote kaedahnya 15-5-2023 09:55 AM
green~tea: Adoi baca cerita gini.. tering ...

lesbea ke? or just lonely?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.174008 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top