CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Itu Pandangan Saya Sendiri” - Jadi ‘Penasihat’ Pemuas Batin Suami, Wanita Tampil Mohon Maaf

14-5-2023 04:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3114| Komen: 38

Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf susulan konten yang dibuatnya di media sosial serta mewujudkan grup Telegram mengandungi unsur lucah menerima kecaman banyak pihak.

Dalam satu kenyataan di Facebook, wanita berkenaan memohon maaf berikutan pandangannya telah menimbulkan kekecohan.



"Saya memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan dari pandangan saya yang telah menimbulkan kekacauan dan ketidakselesaan antara kita.

"Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawaban ke atas diri saya," katanya.

Menurut wanita itu lagi, apa yang dilontarkan itu hanyalah pendapat dan pandangannya sendiri.

"Apa yang telah saya lontarkan sama ada dalam Facebook mahupun grup, adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.

"Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga di media sosial sejak kebelakangan ini.


"Kepada Allah saya memohon ampun, kepada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepada kalian saya memohon maaf," katanya lagi.

Pada Jumaat, mStar melaporkan hantaran yang dikongsikan warga maya di media sosial yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap seorang wanita, gara-gara konten yang dihasilkannya dianggap mengandungi unsur kelucahan melampau secara terbuka.

Wanita tersebut ligat membuat konten di platform Facebook dan TikTok berkaitan tugas serta peranan isteri dalam rumah tangga khususnya soal nafkah batin.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut didakwa mencipta sebuah grup khusus di Telegram, yang dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim serta medium untuknya menasihati golongan berkenaan.

Apa yang mengejutkan, perbualan ahli grup berkenaan ternyata terlalu terbuka bercerita mengenai perkara yang berlaku 'dalam kelambu' tanpa tapisan, yang secara tidak langsung bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Paparan perbualan ahli-ahli grup berkenaan dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter sebagai bukti.

Akaun Facebook wanita tersebut sehingga kini diikuti lebih 45,000 akaun, manakala di TikTok, dia mengumpul lebih 97,000 jumlah pengikut.

Susulan kekecohan itu juga, wanita berkenaan bakal dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk siasatan.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau juga mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.

"Saya mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan," katanya.

Kesal dengan isu berkenaan, Mohd Na'im berkata tidak seharusnya perkara berkaitan hubungan intim suami isteri dibicarakan secara terbuka.

"Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 14-5-2023 04:26 PM
Edited by Goodluckdontcry at 14-5-2023 04:29 PM

Kepada Allah saya memohon ampun, kepada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepada kalian saya memohon maaf," katanya lagi.

Agak rs mcm nak pelengkung kepala ko minah, agak2nya kalau xviral, org xtau perangai keji haramjadah ko ni, agaknya terus lupa akan azab Allah SWT..lupa rsnya akan Rasulullah saw yg tinggalkan sunnah dan Quran utk ko rujuk dan ikut...entahla rs mcm nak tonyoh jer muka ko dlm mangkuk toilet... harktuihh

Dan begitulah senangnya manusia..dah tertangkap bodoh, maafla jd ungkapan dimulut..hati belum tentu ikhlas minta maaf...sekali lg... harktuihh
Quote sharlenetexas 14-5-2023 04:27 PM
Tah*


Quote kerani_je 14-5-2023 05:09 PM
Bodoh mne entah taksub ikut nasihat influencer x bertauliah kat tiktok tu
Quote EriaDoritis 14-5-2023 05:37 PM
Jenis-jenis pandai cakap untuk cover kesalahan dia ni.
Ayat power
Quote green~tea 14-5-2023 05:39 PM
Puak kacip gam or meth ke sembang padu berapi sangat neh
Quote makneng 14-5-2023 06:23 PM
Dah bolehlah sheolls mohon jadi mod bod sex kat cari porem ni

Quote CardiGans85 14-5-2023 06:47 PM
Euwww....ni penonggeng tertonggeng sudah. Getik  dgn kelucahan melampau dan masalahnya ramai kan suami orang dalam group tu.

Kena la check Tele laki masing-masing ye dop
Quote Kitty_catz 14-5-2023 07:00 PM
nah meols tolong temfek la gambo punai-sihat laki binik tersebut .. sapa rasa terkesima... say aiii

patinpoji.JPG
Quote Antifake 14-5-2023 07:25 PM
Ramai pulak pengikutnya..
Quote noor2 14-5-2023 07:26 PM
Kitty_catz replied at 14-5-2023 07:00 PM
nah meols tolong temfek la gambo punai-sihat laki binik tersebut .. sapa rasa terkesima... say aiii  ...

Knp dgn gigi beliau cik kitty??
Quote faraway1 14-5-2023 07:28 PM
Geli baca
Quote PULANGKAN 14-5-2023 07:29 PM
baru masuk berita tadi

gila seks betul

lepas tu ajar benda bukan2.

aku tak tau la berapa ramai termakan ajaran sesat dia ni

kesian bini-bini kat luar sana kena rogol suami masing2

maaf tak menyelesaikan masalah

benda yang dia buat ni, serius membahayakan ramai orang

Iols repeat, dia meringankan istilah dan beratnya jenayah ROGOL, hatta suami isteri sekalipun
Quote penmerah 14-5-2023 07:46 PM
faraway1 replied at 14-5-2023 07:28 PM
Geli baca

Iya
Baca geli
Tengok gambar kapel yg sis kitty tunjuk Tu pun geli

####
Putus selera nak order food

Mohon ditangkap Dan ditarbiah cukup2 dok mengajar yg bukan2
#padanmuka
Quote Decaffeinated 14-5-2023 08:28 PM
perlu ka hari2 ko nak buka thread ni ha syaithon?
Quote KirazMevsimi 14-5-2023 10:18 PM
nauzubillah himinzalik. astaghfirullah. mohon dijauhkannnnnn
Quote KirazMevsimi 14-5-2023 10:19 PM
apa ke makna nya buat peranggai cenggitu. aduuuhai
Quote Perwira2022 14-5-2023 10:25 PM
Kitty_catz replied at 14-5-2023 07:00 PM
nah meols tolong temfek la gambo punai-sihat laki binik tersebut .. sapa rasa terkesima... say aiii  ...

Gigi jongang tu yg bagi extra special sensation masa BJ laki dia
Quote miznora 14-5-2023 11:02 PM
Soklan serius. Mmg gigi dia mcmtu atau dia baru balik dari klinik cabut gigi?
Quote Kitty_catz 14-5-2023 11:05 PM
noor2 replied at 14-5-2023 07:26 PM
Knp dgn gigi beliau cik kitty??

tu lepas cabot gg kut.. ntah

selpie terpaling cumil gamak

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top