Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon dan pengacara Qi Razali memberitahu dia mahu mencari seseorang yang bukan dalam industri seni untuk dijadikan isteri. Memandangkan usia semakin meningkat, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 45, berkata dia kini lebih terbuka dalam memilih pasangan hidup.
"Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai. "Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini. "Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang," katanya kepada mStar. Qi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Multimedia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Qi juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mengutamakan rupa paras sebelum dijadikan teman wanita.
Ujar Qi, dia mahukan kekasih yang memahami selain mengakui bahawa pernah bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan dirinya suatu ketika dahulu. "Ramai yang anggap saya memilih yang cantik sahaja tapi sebenarnya yang cantik itu yang pertama saya nampak. Yang saya kenal (hati) itu sebenarnya yang akan saya simpan. "Cantik itu memang perlu ada tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya. "Saya pernah bernasib baik (dalam percintaan) suatu ketika dulu, tapi masa itu saya mungkin muda sangat. Tapi bila saya pula yang dah bersedia, jumpa pula pasangan sebaliknya," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai pasangan hidup, Qi memberitahu arwah bapanya terkilan apabila dia satu-satunya anak yang masih belum mendirikan rumah tangga. "Arwah ayah saya antara yang kecewa apabila saya belum bernikah lagi, sebelum dia pergi dia ada cakap sempat atau tidak tengok tapi kalau boleh dia nak anak dia semua berkahwin dan berikan cucu. "Saya nak juga beri ibu saya tengok dia punya cucu, itu impian dialah. Paling tidak saya harap ibu saya sempat tengok," luahnya. Sebelum ini, Qi pernah dikaitkan dengan penyanyi Yuna sekitar 2009 hingga 2012. Malah dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktres Nelydia Senrose pada 2013 hingga 2016. Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 14-5-2023 03:54 PM
Dalam pada itu, Qi juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mengutamakan rupa paras seb ...
dua_chzy replied at 14-5-2023 03:52 PM
Orang biasa tapi muka badan mesti hot iya.
Ramai2 gilpren ko, Yuna ja kurang sikit dari segi paras ...
Makcikmunah replied at 14-5-2023 04:04 PM
Benci betul aku dgn spesis retis sampah perasan spesel berada dlm kelas tersendiri nih
Asal bukan dr ...
wikedsaikel replied at 14-5-2023 07:56 AM
Maraaaa nampak kak chazy
wikedsaikel replied at 14-5-2023 08:15 AM
Mamat ni tak aged gracefully. Abam dia pon sama. Munkin sebab main panas laut. Masa muda hot habis ...
dua_chzy replied at 14-5-2023 04:17 PM
Aiols tak suka Qi lepas heols mencurangi Yuna.
Aiols ghasa true love heols adelah Irene Santiago. ...
wikedsaikel replied at 14-5-2023 09:08 AM
Irene dumped dia kan? Lupa la
dua_chzy replied at 14-5-2023 04:17 PM
Aiols tak suka Qi lepas heols mencurangi Yuna.
Aiols ghasa true love heols adelah Irene Santiago. ...
dua_chzy replied at 14-5-2023 04:17 PM
Aiols tak suka Qi lepas heols mencurangi Yuna.
Aiols ghasa true love heols adelah Irene Santiago. ...
sharlenetexas replied at 14-5-2023 05:28 PM
Adakah heols bebas dari mengacip?
ADVERTISEMENT