CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Allah Bergurau, Sayang Saya Dengan Cara Berbeza... Ia Sumber Positif Hingga Kini'

14-5-2023 02:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1993| Komen: 14

Kuala Lumpur: "Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya... kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang... bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita."


Itu kata-kata penuh semangat Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.

"Jadi ia akan naikkan semangat saya dan 'okay Allah, lets do this'.Kita rasakan apa yang Allah bagi dalam dunia ini sebagai satu cara komunikasi-Nya dengan kita," katanya kepada BH, hari ini.

Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain.

Selain hilang penglihatan, Masitah turut patah kaki yang memerlukan tempoh lima bulan untuk pulih. 


Semangat ditunjukkan Masitah dalam satu rakaman video di aplikasi TikTok baru-baru ini mendapat pujian serta menyedarkan masyarakat bahawa walaupun ditarik nikmat penglihatan, ia tidak sedikit pun membuatkan wanita itu leka dibuai kesedihan.

Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd, menyifatkan takdir dilaluinya adalah cara Allah bergurau dengannya dan bukan ujian seperti anggapan sesetengah pihak.

Sebelum ini tular di media sosial video Masitah yang sangat positif berkongsi kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku kepada dirinya 44 hari selepas terbabit dalam kemalangan.

Beliau yang lebih mesra disapa Mashy itu berkata, akibat kemalangan jalan raya itu beliau mengalami keretakan di sebelah kanan kepalanya serta muka di bahagian kanan juga pecah sehingga beliau hilang penglihatan.

Malah kakinya juga patah serta mengambil masa dalam tempoh lima bulan untuk pulih.

Dalam perkongsian itu, Masitah berkata beliau tidak lagi takut dengan gelap kerana ketika ini harinya sentiasa gelap tidak kira ketika siang mahupun malam.

Mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku kepada dirinya, Masitah meluahkan rasa syukur dikelilingi orang yang positif dan membantu dirinya disaat memerlukan.

"Sumber positif saya ada dua, pertama ialah suami saya yang banyak memberikan perspektif berbeza. Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.

"Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.

"Kedua adalah mentor saya Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketika di unit rawatan rapi (ICU) beliau ada berhubung dengan saya dan maklumkan Allah masih ada tugas lagi nak beri kepada saya dan saya rasakan pasti ada benda besar (yang Allah akan beri) pada masa akan datang," katanya.

Tingkah laku Masitah yang ceria ketika menceritakan perkembangan dirinya pasti menimbulkan persoalan kepada orang ramai sama ada wanita ini sedih atas apa yang menimpa dirinya.

"Selepas doktor maklumkan kepada suami yang saraf mata saya tersepit dan kebarangkalian akan buta, jadi dalam kepala otak ini ligat fikir apa seterusnya yang saya kena lakukan jadi saya tidak sempat nak rasa sedih. Ini adalah perkara baru dan juga rezeki, menjadi seorang yang buta tak membuatkan saya sedih.

"Jika sedih pun mungkin sebab kini tidak lagi dapat menatap muka suami, ibu dan juga pekerja saya. Bila rindu itu datang nak tengok muka mereka, itu sahaja yang buatkan saya sedih. Tapi selalunya muka mereka akan muncul dalam mimpi, jadi saya akan gembira balik dan dapat lepaskan rindu menatap wajah mereka," katanya.

Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.

"Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.

"Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya 'down' saya akan tanya balik diri saya.

"Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.

"Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa 'down' itu terlalu lama," katanya.

Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.

"Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.

"Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 14-5-2023 02:58 PM
iolls tgk video die smpi habis. sheolls very positif n ceria ya. mmg sgt kuat. iolls doakn semoga segala urusan sheolls dipermudahkan
Quote slyfynx 14-5-2023 03:14 PM
Oh, inilah Masitah dalam bodgos di thread Rohana Jalil tu?
Quote zorrro_03 14-5-2023 03:20 PM
positif nya beliau..  ini antara cara mendepani cabaran dan dugaan berat sepanjang hidup. tidak perlu mengalah sampai buat perkara2 yang merugikan
Quote Orix 14-5-2023 04:15 PM
baca tajuk mati2 ku hengatkan ebit lewlew
Quote Buritan 14-5-2023 04:21 PM
whimsicalmusic: iolls tgk video die smpi habis ...
whimsicalmusic: iolls tgk video die smpi habis ...


Aku memula suke baca tup tup Ade zizan semamg plk.. terusss ekkk
Quote Buritan 14-5-2023 04:22 PM
Orix replied at 14-5-2023 04:15 PM
baca tajuk mati2 ku hengatkan ebit lewlew

Zizang srmang Ade.. sila baca . Dr suke JD ekkkk
Quote babysolaris 14-5-2023 04:48 PM
semoga dipermudah utk mashy...
Quote dua_chzy 14-5-2023 05:01 PM
Orix replied at 14-5-2023 08:15 AM
baca tajuk mati2 ku hengatkan ebit lewlew

Sama la. Choi.
Quote applenpuff 14-5-2023 07:47 PM
Sebelum dia accident, aku rengsek kalau scroll fb keluar dia lalu lalang.
Tulis panjang berjela.
Quote menjad 14-5-2023 07:53 PM
Paling takut ngan ujian camnih. Ntah mampu atau tidak nak hadap.
Quote LadyCarefree 14-5-2023 08:29 PM
Baguslah positip dan bersandarkan tuhan tapi dah kenapa sampai seolah2 tahu apa tuhan tu fikir dan buat?
Quote imransulaiman 15-5-2023 01:40 AM
Cara penyampaian positivity dia tu lain macam.
Dan bila baca ada nama Zizan, aku terus hmmmmmm

wait and see je lah...
Quote edayildiz 15-5-2023 03:08 AM
besarnya ujian dia
i demam sikit dah merungut sakit hati jangkit dar org...insaf..semoga akk ni sht kembali
Quote fofuler 15-5-2023 07:20 AM
Baca artikel ni dok sebut ketua pegawai eksekutif bla bla bla bagai beberapa kali pun dah boleh agak style marketing jijan.. megah holdings sangat. apa2 pun tabah ya dik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.030854 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top