CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barang Kemas Pernah Dipakai Puteri Diana Akan Dilelong

14-5-2023 02:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1018| Komen: 10

London: Barang kemas milik Puteri Diana akan dilelong bagi mengumpul dana untuk perang Ukraine, lapor Metro UK.

Set rantai bersama subang bertatahkan berlian dan mutiara adalah pemberian kekasihnya, Dodi Al-Fayed.


Ia akan dipamerkan di London sebelum dilelong di New York, bulan depan, dengan nilainya boleh mencecah 10 juta pound sterling (kira-kira RM55.8 juta).

Set barang kemas pernah dipakai Puteri Diana yang dikenali sebagai 'Suite Swan Lake'.

Barangan kemas itu dipakai Puteri Diana pada upacara rasmi terakhir dihadirinya di Royal Albert Hall di sini, sebelum meninggal dunia pada 1997.

Set itu dimiliki oleh keluarga Ukraine sejak 2008 dan dipercayai kali pertama barang kemas milik Puteri Diana dijual secara terbuka, selepas mendapat persetujuan kakak Diana, Lady Sarah McCorquodale.

Kebanyakan barang kemas dipakai Diana dipinjamkan kepadanya oleh istana ketika mendiang menjadi sebahagian ahli keluarga diraja.


Pakar di Rumah Lelong New York, Guernsey tidak menolak kemungkinan set itu akan dilelong pada harga antara empat juta pound sterling (kira-kira RM22 juta) sehingga 11 juta pound sterling (kira-kira RM61 juta).

Presidennya, Arlan Ettinger berkata, Puteri Diana adalah wanita dikagumi seluruh dunia dan barangan kemas dikenali sebagai 'Suite Swan Lake' dibuat khas untuknya.

"Ia dianggap satu-satunya barang kemas Diana yang pernah dijual, menjadikannya sangat penting," katanya.

Selepas kematian Diana, keluarganya memberi kebenaran untuk rantai dan subang itu dijual dengan sebahagian hasil disalurkan kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Subang itu dibuat untuk dipadankan dengan rantai tetapi tidak dapat disiapkan sebelum kematiannya.

Lelongan Diana itu disertakan bersama surat ketulenan daripada bekas butler Diana, Paul Burrell yang bertarikh April 1998.

Ia dibeli pada 1999 oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat, Jim McIngvale dengan harga hampir AS$1 juta (kira-kira RM4.5 juta) tetapi beliau menjualnya semula kepada keluarga Ukraine semasa kegawatan ekonomi pada 2008.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babysolaris 14-5-2023 04:47 PM
beli beli beli.. haha
Quote Decaffeinated 14-5-2023 10:15 PM
Kalau ko kepam tak kan jadi Puteri Diana. Redha ja lah dgn kejadian.
Quote esbok 15-5-2023 09:34 AM
Depa beli sebab investment. Antara collector ni  berperang nih
Quote Buritan 15-5-2023 10:01 AM
babysolaris replied at 14-5-2023 04:47 PM
beli beli beli.. haha

Kat shoppe byk.. buat hape beli mahei mahei.. hahahaha
Quote B40tastePosh 15-5-2023 10:09 AM
Satu masa barang kat rumah kita camni la bila dah mati.

Kita dalam kubur tak boleh buat apa tengok harta kita kena lelong....

Lagi kalau 50 tahun lagi LGBTQ dah jadi norma kehidupan...harta korang kena guna untuk beli ubat prep untuk geng LGBT Q
Quote Decaffeinated 15-5-2023 11:04 AM
B40tastePosh replied at 15-5-2023 10:09 AM
Satu masa barang kat rumah kita camni la bila dah mati.

Kita dalam kubur tak boleh buat apa tengok  ...

Lagi 50 tahun mungkin dah ada permanent cure lah. Tidak pun anti retroviral drugs dah jadi murah macam pil perancang ja.

Quote B40tastePosh 15-5-2023 03:20 PM
Edited by B40tastePosh at 15-5-2023 03:22 PM
Decaffeinated replied at 15-5-2023 11:04 AM
Lagi 50 tahun mungkin dah ada permanent cure lah. Tidak pun anti retroviral drugs dah jadi murah m ...


Mungkin barang kita akan dilelong untuk beli semua ubat canggih untuk LGBT

Dan untuk provide pil perancang untuk anak cucu kita...then gov import Bangla dan Indon untuk replenish rakyat dan bagi tanah2 pusaka runah pusaka pada immigrants
Quote babysolaris 15-5-2023 07:33 PM
Buritan replied at 15-5-2023 10:01 AM
Kat shoppe byk.. buat hape beli mahei mahei.. hahahaha

betul betul... cari je yg similar hahha
Quote Buritan 15-5-2023 07:47 PM
babysolaris replied at 15-5-2023 07:33 PM
betul betul... cari je yg similar hahha

Kalo aku pakai yg Ori pun org kata pelesuuu.. hahahaha.. mcm kwn aku beli beg birkin.. cantik mmg cantiklaa.. memula aku ingat pelesu.. hahahaha
Quote babysolaris 15-5-2023 07:57 PM
Buritan replied at 15-5-2023 07:47 PM
Kalo aku pakai yg Ori pun org kata pelesuuu.. hahahaha.. mcm kwn aku beli beg birkin.. cantik mmg  ...

hahhaha sian tkpa janji dia tau.. haha

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.045524 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top