CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dalam Diam Nomad Dah Kahwin, Rasa Janggal Pegang Status Suami Orang

14-5-2023 01:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3439| Komen: 32

Dalam diam penyanyi Nomad sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Farah Wahidah Hassan, 40, pada Sabtu.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini berlangsung di Alor Setar, Kedah dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat kedua-dua belah pihak.



Berkongsi perasaannya selepas disatukan, Nomad atau Nur Muhammmad Alieff Ayub, 35, berkata dia sedikit janggal apabila kini sudah bertukar status sebagai suami orang.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Semua yang telah dirancangkan saat akhir dipermudahkan.

“Sekarang ini ada rasa sedikit janggal apabila sudah menjadi suami orang,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini sebelum itu mengadakan majlis pertunangan sehari sebelum diijab kabul.

Sementara itu, Nomad memberitahu dia jarang berkongsi mengenai kisah percintaan mereka kerana menganggap ia adalah hal peribadi dan enggan bercerita lanjut selagi belum ada ikatan yang sah.



“Saya rasa kalau perkara yang belum pasti terutama dari segi percintaan saya tidak akan kongsikan.

“Apabila dah sah ini barulah saya akan cerita. Ada perkara yang patut dan tidak untuk dikongsikan,” ujarnya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 14-5-2023 02:21 PM
Tahniah, wife lebih tua 5 tahun yach
Quote miracle_forever 14-5-2023 02:53 PM
dia ni penah masuk GV ke? muka dia seiras acik amalina ah ah ah. congratulations la dah kawen. moga till jannah
Quote lilydandelion77 14-5-2023 02:56 PM
doubleA replied at 14-5-2023 02:21 PM
Tahniah, wife lebih tua 5 tahun yach

tingat lagu haida "5 tahun sajaaaaa"
iols suka lagu geletis gitoo
Quote winky1 14-5-2023 02:57 PM
Tahniah....dia ni yg stage fright dan selalu takut nyanyi live kan? Tapi boleh lah nyanyi
Quote doubleA 14-5-2023 03:03 PM
miracle_forever replied at 14-5-2023 02:53 PM
dia ni penah masuk GV ke? muka dia seiras acik amalina ah ah ah. congratulations la dah kawen. moga  ...

Pernah tapi out awal. Gv7 yg juara pun sendu clifumar
Quote Incanto 14-5-2023 03:37 PM
Tahniah…Selamat Pengantin Baru

dia ni yg nek kathy rembes panggil nama Jepun apenama ntah

bini cantik gak dlm gambar

Quote downiey 14-5-2023 04:31 PM
tahniahhh.. selamat pngtin baru
Quote little_sis 14-5-2023 08:21 PM
Kawin dah dia eh.. aku suka dgr lagu dia dulu.. best gak
Quote sleepandream 14-5-2023 08:34 PM
awat gambar crop gitu...
Quote Sekaisilver 14-5-2023 08:40 PM
Tahniah mad.. moga bahagia, berkekalan hingga ke jannah ????
Quote Perawankota 14-5-2023 09:16 PM
Selamat pengantin baru.. Partner aku pon muda 5thn dari aku...
Quote KirazMevsimi 14-5-2023 09:51 PM
tahniah. selamat selamat. moga berbahagia
Quote KirazMevsimi 14-5-2023 09:53 PM
lama jugak tak dengar berita pasal nomad. tup tup kawen
Quote DeLuna85 14-5-2023 11:55 PM
Both muka mcm dulu2. Tahniah
Quote kaedahnya 15-5-2023 01:10 AM
muka dia macam amelina & rasanya orang n9 jugak. bini tua 5 tahun tapi dalam gambar kawin tu nampak umur lebih kurang.
Quote AWEKSAMURAI 15-5-2023 03:15 AM
Wah like me suami muda 5 tahun ...tahniah
Quote AWEKSAMURAI 15-5-2023 03:15 AM
Perawankota replied at 14-5-2023 09:16 PM
Selamat pengantin baru.. Partner aku pon muda 5thn dari aku...

Sama lah kita.... Satu batch hahaha
Quote stingergrumpy 15-5-2023 03:16 AM
AWEKSAMURAI replied at 15-5-2023 03:15 AM
Wah like me suami muda 5 tahun ...tahniah

Berhasil nasi wap ko....tahniah....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote EriaDoritis 15-5-2023 03:34 AM
Selamat pengantin baru.
Gambar pengantin full takde ke

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039545 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top