CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Satu Bir Pun Saya Tak Pernah Rasa' - Ramli Sarip

14-5-2023 12:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11453| Komen: 63

Kuala Lumpur: "Jaga diri. Maaf cakap bukan saya baik, tapi nasib saya baik. Saya kerja dekat kelab dari usia belasan tahun. Satu bir (arak) pun saya tak pernah rasa. Ini kerana ayah saya ingatkan begitu. Saya budak kampung. Saya kerja dekat bar. Perempuan memang bersepah, minum arak dan macam-macam,"


Itu kata Datuk Ramli Sarip menjawab persoalan penjagaan kesihatan dan kecergasan suara pada usianya 70 tahun sekarang.


Ramli berkata, niatnya semata-mata mahu bermain muzik saja tanpa memikirkan perkara lain.

"Itu satu benda dan rasanya doa ibu ayah itu penting dalam hidup. Itu yang saya selalu pesan kepada generasi muda, anak-anak muda, ada ayah dan ibu berbaktilah kepada mereka," katanya ditemui selepas konsert Syair Timur di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, malam tadi.

Dalam persembahan ini, Ramli bersama pemuzik pengiringnya, Soul Journey berjaya memberikan persembahan mantap dan bertenaga serta menghiburkan dalam tempoh satu jam.


"Saya rasa masa seperti tak cukup. Tapi disebabkan kita dah konsepkan Syair Timur, jadi kita tak boleh masukkan macam-macam.

"DFP adalah satu lambang antarabangsa dan tak boleh dinafikan apabila buat persembahan di sini, kita rasa kita lebih dihargai.

"Saya masih pegang pada prinsip DFP mesti kekal hebat. Ia dari pemilihan artis, persembahan dan pemilihan lagu mesti hebat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 14-5-2023 12:44 PM
Sama la saya pun tak penah minum juga.

Saya minum sky water perisa cuckoo je
Quote dudaberhias 14-5-2023 12:51 PM
bagus la... kira ayah ramli sarip dah didik heols dengan baik...

asalkan tok ramli jangan kekwat yach macam si tok bibir hitam hidung jambu batu RNR senawang tu yang keje potong que dan hina orang...

padahal nak di bandingkan si bibir hitam botak tu dengan ramli sarip bagaikan langit dan bumi...

Quote per706 14-5-2023 12:51 PM
"keluar pagi,balik petang,
Adakala sampai malam,
Cari rezeki bawa pulang,
Untuk orang yg tersayang,
Ohhhh,bersabarlah"

- nyanyian serambi . ramli sarip -

lagu dia yg aku paling suka n dgr ulang kali pon tak bosan.






Quote doubleA 14-5-2023 01:17 PM
Bagus tok tak kejutan budaya.
Quote opie5662 14-5-2023 01:24 PM
Saya pernah minum rut bir je tok
Quote stingergrumpy 14-5-2023 01:30 PM
Macam ler A&W root beer terapung tak pernah minum.....
Quote Afifi82 14-5-2023 02:19 PM
Suara Tok Ramli dlm lagu syair laila majnun sedap sungguh!
Quote syamzana 14-5-2023 02:23 PM
iols suka benar dgn tokki neh. suara+lagu+gaya semua iols suka. pastu peel mcm atuk2 sgt cuma rock sket la.
Quote uori 14-5-2023 03:17 PM
aku dedulu kalau dengar suara dia, aku automatik akan berdehem sendiri nak clearkan tekak
Quote Samerosie 14-5-2023 03:22 PM
Sweet charity kamelia dgn sejuta wajah....
Quote sarah_ary2 14-5-2023 03:25 PM
Sore dia sgt sedap and sgt energetic, pernah buat show masa dinner opis dulu and memang best gila
Quote stingergrumpy 14-5-2023 03:31 PM
Samerosie replied at 14-5-2023 03:22 PM
Sweet charity kamelia dgn sejuta wajah....


Zaman minahpitkencing berlari rupernyer ko

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 14-5-2023 03:35 PM
Bila Papa Rokz bawak lagu kebangsaan spura...

[youtube]lOYQLa2qfRs[/youtube]

Haussssssss
Quote harisbee 14-5-2023 03:38 PM
Bagus dia ni..jaga agama dia
Quote dua_chzy 14-5-2023 03:56 PM
Susah nak pircaya. Tapi barangkali betul juga la.

Veteran yang akak tau (dari bod gosip) kaki tonggang selain Sawi and the gang, si Rahim Razali tu.
Quote annadonna 14-5-2023 04:39 PM
dua_chzy replied at 14-5-2023 03:56 PM
Susah nak pircaya. Tapi barangkali betul juga la.

Veteran yang akak tau (dari bod gosip) kaki tong ...

Iols percaya je. Kalau tak dia tak sebut publicly sebab kalau dia kaki tonggang ramai je bukti hidup boleh counter dia balik. So kalau dia berani bagi statement mcm ni ertinya betullah tu. Agaknye laahhhh
Quote redz85 14-5-2023 05:03 PM
aku percaya cakap dia..

sepanjang dalam industri, belum pernah ada gossip tak baik..

anak isteri pun dia tak tayang..
Quote sharlenetexas 14-5-2023 05:33 PM
Pernah tgk konsert ramli sarip kat dfp dulu. Masa tu artis jemputan kak mitch. Rasa rugi pulak tak dpt tgk datuk andre goh.


Quote sharlenetexas 14-5-2023 05:34 PM
dua_chzy replied at 14-5-2023 03:56 PM
Susah nak pircaya. Tapi barangkali betul juga la.

Veteran yang akak tau (dari bod gosip) kaki tong ...


Ahkak teratai tu, gosip suara hauk haus sbb minum.


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041646 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top