CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangkapan Kurang Punca Harga Ikan Naik

14-5-2023 12:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 275| Komen: 0

Kuala Kedah: Harga tangkapan ikan di sini terus meningkat sehingga mencecah RM10 hingga RM12 sekilogram berikutan hasil tangkapan berkurangan selain ombak beralun di laut.

Tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, di sini mendapati, hasil tangkapan ikan masih berkurangan disebabkan keadaan hujan, selain ombak beralun di tengah laut.


Tinjauan mendapati kebanyakan bot kecil tidak berani untuk turun ke tengah laut disebabkan laut bergelora dan hanya menangkap ikan sekitar kawasan satu atau dua batu nautika dari pelantar ikan, di sini.

Tangkapan ikan yang berkurangan menyebabkan harganya meningkat sehingga RM10 hingga RM12 sekilo di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah. 

Nelayan, Ismail Awang, 61, berkata, dia turun ke laut seawal jam 7 pagi dari pelantar ikan Kampung Seberang Kota, di sini dan pulang semula jam 10 pagi.


Katanya, hasil tangkapan yang diperoleh sekitar 15 kilogram (kg) dan mampu memperoleh sekitar RM80.

"Saya turun berdua dengan rakan menggunakan bot fiber dan tak berani sangat nak ke tengah laut kerana alun kuat.

"Harga ikan terpaksa dinaikkan disebabkan ikan kurang namun harga di sini lebih murah dari pasar awam kerana dijual dengan harga peraih.

"Harga ikan pula tak menentu, kalau banyak kami jual harga murah tapi kalau kurang, memang harga mahal terutama ikan kembung disebabkan permintaannya tinggi setiap hari," katanya ketika ditemui hari ini.

Ismail berkata, sebagai nelayan yang berpengalaman lebih 40 tahun dia sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan apabila nampak awan bertukar gelap, dia tidak akan turun pada hari itu.

Peniaga ikan, Khadijah Md Syah, 48, berkata, harga pasaran ikan kembung masih lagi RM10 hingga RM12 sekilo sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, tahun ini agak mencabar buat peniaga ikan di sini kerana faktor cuaca selain tangkapan berkurangan setiap hari.

"Kalau tahun sebelum ini, kami mampu menjual ikan kembung sekitar RM4 hingga RM5 sekilo tetapi sekarang ini agak susah kerana nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan.

"Saiz ikan yang diperoleh pula sederhana saja dan kami jual terus kepada pelanggan dengan harga agak murah berbanding di luar.

"Mungkin harga ikan kembung di pasaran luar lebih mahal di sini sehingga mencecah RM12 hingga RM15 sekilo," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.036751 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top