CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

35 Pelajar Bunuh Diri Setiap Hari Di India

14-5-2023 09:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 754| Komen: 10

New Delhi – Seramai sembilan pelajar meninggal dunia akibat membunuh diri di negeri Andhra Pradesh selepas Lembaga Pepe­riksaan Pertengahan Andhra Pradesh mengumumkan keputusan peperiksaan kelas 11 dan 12 pada Rabu lalu oleh, lapor laman be­rita Wion News.


Berita itu tular selepas insiden bunuh diri yang mengejutkan berlaku di beberapa kolej terkemuka India. Empat pelajar maut disyaki akibat membunuh diri pada tahun ini di beberapa kampus milik Institut Teknologi India (IIT).

Pelajar mengesahkan nombor kedudukan mereka di dalam dewan pada papan kenyataan sebelum bermulanya peperiksaan tahunan di Bangalore pada 28 Mac 2022.

Di peringkat nasional pula, Laporan Kematian & Bunuh Diri India (ADSI) oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) mendapati lebih 13,000 pelajar me­ninggal dunia akibat bunuh diri pada tahun 2021. Ia adalah bersamaan lebih 35 kematian pada setiap hari.


Peningkatan sebanyak 4.5 peratus direkodkan pada 2021 berbanding 12,526 kematian pada tahun 2020, manakala 864 daripada 10,732 kes bunuh diri itu berpunca daripada kegagalan pelajar dalam peperiksaan.

Negeri Maharashtra merekodkan jumlah kematian pelajar tertinggi akibat bunuh diri pada 2021 dengan 1,834 orang, diikuti Madhya Pradesh dengan 1,308 kematian dan Tamil Nadu yang mencatatkan 1,246 kematian.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Dewasa Berdaftar di Majlis Pemulihan India (RCI), Dr. Ashima Shrivastava berkata: “Kita semua tahu wujud stigma me­ngenai kesihatan mental.”

“Ramai orang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional seperti talian kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat membantu,” kata­nya.

Bunuh diri menjadi punca kematian keempat tertinggi dalam kalangan belia di India dan merupakan isu yang membimbangkan kerana 65 peratus penduduk di negara itu berusia bawah 35 tahun. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-5-2023 10:19 AM
Aku ni nasib sgt sgt baik JD mulayu Dan duduk mesia ni.. andai aku dulu dlm perut mak aku org India ke rohingya ke Bangladesh kee.. nangisssss..
Quote Tinot7 14-5-2023 10:39 AM
Takziah kpd keluarga..
Ugama deme takde hukuman pasai bunuh diri ka? Bkn ka treat all laif as precious giteww?
Quote Tinot7 14-5-2023 10:40 AM
Buritan replied at 14-5-2023 10:19 AM
Aku ni nasib sgt sgt baik JD mulayu Dan duduk mesia ni.. andai aku dulu dlm perut mak aku org India  ...

Kalau hang dilahirkan jadi bangla ka, india ka.. pasrah dgn keadaan dan nasib jahh.. mana sempat nak nanes apa sumer tuh?

Kat mesia pun ada jahh org2 melayu idup merempat, susah bagai.. cuma takde la canang2.. sakit sendiri senyap2 je..
Quote Cokoro 14-5-2023 10:50 AM
Tringat cerita 3 idiots
Quote asmurai 14-5-2023 12:03 PM
Tinot7 replied at 14-5-2023 10:39 AM
Takziah kpd keluarga..
Ugama deme takde hukuman pasai bunuh diri ka? Bkn ka treat all laif as precio ...

Depa percaya kepada kelahiran semula - reincarnation
Quote Tinot7 14-5-2023 03:30 PM
asmurai replied at 14-5-2023 12:03 PM
Depa percaya kepada kelahiran semula - reincarnation

Mebbe sbb tu la deme rasa bunuh diri voley reset idup balik..
Quote plywood 14-5-2023 03:50 PM
Tinot7 replied at 14-5-2023 03:30 PM
Mebbe sbb tu la deme rasa bunuh diri voley reset idup balik..

ada problem juga... ada 31 planes yang berpotensi untuk pergi katanya.. masuk bahagian tinggi oklah juga..

What are the 31 levels in Buddhism?
Buddhist rebirth in different planes of existence - Asian and ...
These 31 planes of existence comprise 20 planes of supreme deities (brahmas); 6 planes of deities (devas); the human plane (Manussa); and lastly 4 planes of deprivation or unhappiness (Apaya). The 31 planes are divided into three separate levels or realms: Arupaloka, Rupaloka and Kamaloka




Quote Tinot7 14-5-2023 07:39 PM
plywood replied at 14-5-2023 03:50 PM
ada problem juga... ada 31 planes yang berpotensi untuk pergi katanya.. masuk bahagian tinggi okla ...

Dolu2 kalau tgk citer cainis, deme lahir semula sbg menatang.. bila dah wat baik byk, dapat kelahiran sbg manusia.. pastu, buat baik lagi sampai capai tahap nirvana..

Tgk penerangan tu, takde ka yg lahir sbg menatang?
Dan kalau lahir hat planes yg ataih tu, takde la seksa jadi manusia.. kalau munuh diri, bkn ka turun pangkat nnt?

Anyway, iols bersyukur hidup sekali jahh.. make the best of it..
Quote Skuau 14-5-2023 08:14 PM
Buritan replied at 14-5-2023 10:19 AM
Aku ni nasib sgt sgt baik JD mulayu Dan duduk mesia ni.. andai aku dulu dlm perut mak aku org India  ...

hang dilahirkan sbg india ka,bangla ka,rohingya ka...akhirnya mai Msia jugok.Apa nk heran
Quote Buritan 14-5-2023 09:23 PM
Skuau replied at 14-5-2023 08:14 PM
hang dilahirkan sbg india ka,bangla ka,rohingya ka...akhirnya mai Msia jugok.Apa nk heran

Kot laa dpt pi mesia ke USA kaa.. ostolia ke.. tup tup duk jgk sana.. hahaha dah kasta paria.. bodohh plk.. nasib baik tak dirogol oleh jntn sial

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.194788 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top