CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angka Korban Kultus Kebuluran Kepada 150

14-5-2023 09:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 466| Komen: 3

Nairobi: Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 150 pada Khamis apabila lebih banyak mayat ditemukan, kata polis, lapor Agensi Anadolu.

Lima lagi mayat ditemukan di Hutan Shakahola di Kilifi County, mempergiat siasatan berterusan terhadap kultus kebuluran yang diketuai oleh paderi Paul Mackenzie.


Kubur besar ditemukan di Shakahola.

Pesuruhjaya Wilayah Coast Rhoda Onyancha mengeluarkan laporan kepada media pada Khamis mendedahkan penemuan itu.

Onyancha berkata, 594 individu yang disyaki ahli kultus berkenaan dilaporkan hilang oleh keluarga mereka, manakala 25 tangkapan dibuat.

Sampel DNA dikumpulkan daripada 93 keluarga ketika pencarian dan penggalian diteruskan di Hutan Shakahola.

Aktiviti penggalian dihentikan kerana cuaca buruk tetapi disambung semula selepas beberapa hari.


Siasatan polis bermula pertengahan April setakat ini mendedahkan beberapa mangsa kehilangan organ mereka, mendorong dakwaan berlakunya pemerdagangan organ manusia.

Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki menyifatkan kematian kultus Shakahola sebagai jenayah terancang, mengatakan kubur besar itu terlalu banyak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 14-5-2023 10:48 AM
Ooo Kebuluran afrika disebabkan Kultus rupanye.

Adeh
Quote Triple_8 14-5-2023 01:59 PM
Lebih kedengaran macam sindiket pemerdagangan organ manusia yang berselindung di sebalik nama Kultus Kelaparan.
Quote Decaffeinated 14-5-2023 10:39 PM
Orang yang tak beriman tak akan faham apa yang orang2 yang beriman itu rasa.

To each their own.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.038307 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top