CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Bakal Tunang Parah

14-5-2023 09:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 508| Komen: 2

Kemaman: Lelaki maut, manakala bakal tunangnya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT) dekat Kerteh, malam tadi.


Dalam kemalangan kira-kira 11 malam itu, Muhammad Alif Hafizzudin Samsul, yang beralamat di Kampung Bukit Kuang, Kemaman, maut di tempat kejadian.

Bakal tunangnya, berusia 20-an dan berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun, parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta dari arah Kerteh menghala ke Dungun.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun ke Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum melepasi pembahagi jalan.


"MPV terbabit kemudiannya memasuki laluan kanan dan keadaan itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa gagal mengelak lalu bertembung dengan MPV terbabit.

"Pertembungan kuat itu menyebabkan kereta dipandu mangsa remuk dan terbalik," katanya.

Hanyan berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar tunangnya pulang ke Dungun selepas membeli cincin pertunangan mereka di Kemaman.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-5-2023 09:16 AM
Innalillah....pembunuh jalan raya wajib dihukum bunuh......org lain yg cuai, org lain yg mati..
Quote Thunderclouds 14-5-2023 09:36 AM
Innalillah.
Nk ckp menda yg sama mcm kaka noor.
Org len hilang kawalan,org lain yg terima akibat.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.140343 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top