CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Lari Tinggalkan Shisha

14-5-2023 09:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 247| Komen: 0

Kuala Lumpur: Dua pelanggan wanita warga asing yang menghisap shisha di meja makan di Jalan Alor, di sini, 'menghilangkan diri' selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dalam Operasi Mega Bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT), semalam.


Ketika dihampiri anggota penguat kuasa, dua wanita terbabit mendakwa mereka mendapat kebenaran pemilik kedai untuk menghisap shisha dipesan daripada individu yang menawarkan shisha.

Pemilik kedai makan di lokasi berkenaan memaklumkan dua pelanggan terbabit memesan shisha berkenaan daripada individu menjual shisha dari tempat lain.

Penguatkuasa Kementerian Kesihatan menahan perokok yang mengisap rokok di tempat awam sekitar Taman KLCC dalam Operasi tembakau oleh Kementerian Kesihatan.

"Ada orang jual shisha dengan menawarkannya dari meja ke meja di kawasan ini. Apabila ada pelanggan yang mahu shisha, mereka akan tinggalkan di tepi meja sahaja.


"Saya sudah maklum mereka tidak boleh hisap shisha di sini, namun ada pelanggan yang berdegil dan tetap melakukan perbuatan itu," katanya.

Wanita dianggarkan berusia 40-an terbabit antara individu dikenakan kompaun dalam operasi berkenaan yang bermula 6 petang semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sebanyak 125 notis kesalahan dikeluarkan dalam operasi dijalankan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Alor dan Kampung Baru, di sini.

Katanya, jumlah itu membabitkan 34 notis di premis makan, dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam (18), pusat beli-belah (44), taman awam (21) dan laluan pejalan kaki berbumbung (2).

"Kami turut mengeluarkan empat notis kesalahan kepada pemilik premis kerana gagal memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing iaitu membenarkan shisha.

"Satu kompaun kesalahan merokok membabitkan orang belum dewasa (ODB) turut dikeluarkan selain satu lagi notis kesalahan tiada tanda larangan.

"Bagi kompaun kesalahan terbabit, individu dikenakan denda RM250 setiap satu, manakala bagi kesalahan membabitkan ODB pula adalah RM50 menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM31,500," katanya pada sidang media di Jalan Alor, di sini, semalam.

Norhayati berkata, sebanyak 12,773 operasi dijalankan pada 2022 dan 4,113 operasi dijalankan bagi tempoh Januari hingga Mac lalu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145220 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top