CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Lelaki Jujur Mengaku ‘Curi’ Gelang Emas Ibu, Mahu Beri Hadiah Kepada Teman Wanita Di Sekolah

14-5-2023 08:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 528| Komen: 6

Seorang kanak-kanak lelaki di Mongolia mencuit hati warga maya apabila dia dengan jujur membuat pengakuan cuba 'mencuri' gelang emas milik ibunya kerana mahu memberinya sebagai hadiah kepada teman wanita di sekolah.


Dalam klip video yang tular di media sosial itu, si ibu 'menyoal siasat' anak lelakinya dan kanak-kanak lelaki tersebut memberi jawapan yang jujur sehingga ibunya tertawa.


"Saya cuma nak berikan dia (teman wanita) yang terbaik," jawab kanak-kanak tersebut apabila ditanya oleh ibunya.

Difahamkan, gelang emas tersebut berharga hampir AS$1,540 (RM6,892).

Ia adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya.

Video tersebut bukan sahaja membuatkan warga maya terhibur, malah tersentuh melihat keakraban hubungan dua beranak berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 14-5-2023 09:20 AM
Awat la deme umpama menggalakkan perbuatan mencuri?
Quote Samerosie 14-5-2023 10:02 AM
Kes mcm budak tadika kat england ambil diamond engagement ring mak dia ke sekolah pastu proposed kat gf.
Quote miss_perfect 14-5-2023 11:21 AM
Tinot7: Awat la deme umpama menggalakk ...
kalau baca SCMP punya news lagi details... Takde lah menggalakkan perbuatan mencuri pun. Mak dia cuma tak sangka anak dia jawab gitu sebab tu dia ketawa. And I think budak tu dididik dalam keluarga yg bagus la sebab dia tahu ayah dia hadiahkan barang berharga untuk mak dia so dia nak follow macam ayah dia buat.
Quote grouper 14-5-2023 12:31 PM
Jarang ada berita belah Mongolia ni...yg femes pasal Mongolia ni altantuya je
Quote MikeSin 14-5-2023 12:38 PM
mencuit hati katanyaaaaaa
Quote doubleharmonic 15-5-2023 12:31 AM
dah dapat kebenaran tak? dah besar nanti boleh la ko curi air pili bomba pulak lepas tu claim dah dapat kebenaran kan babi?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.201890 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top